Breaking News

Aku Scam Scammer Lagi

 

Assalamualaikum..

Macam chipsmore kan Cik Nor, sekejap ada sekejap tak ada entry baru. Bila dah terlampau rajin 2 entry sehari dia karang. Erk..ye ke? buka entry copy paste jer kalau yang rajin macam tu..haha. Memang tidak dinafikan bila mood malas datang ditambah pula dengan banyak kerja lain yang harus dilaksanana maka terbengkalailah entry baru dalam 2 3 hari atau lebih tepat seminggu.hehe

Berbalik kepada tajuk di atas, korang ingat tak entry Cik Nor sebelum ini pasal Cik Nor scam Scammer tu. Hah..kali ni dia datang lagi. Whatsapp Cik Nor cakap nak buat collaboration dengan Cik Nor. Kita pun apa lagi, layan jer lah macam biasa. Untuk task ni kenal ada akaun telegram dan instagram. Task dia mudah jer follow atau like jer link instagram yang dia bagi tu. Nanti dia akan bayar RM12 hingga RM40.

Cik Nor dah tahu taktik scammer ni, makan ikut jer apa dia suruh buat. Dah buat semua task yang mula-mula dapatlah RM12 dan dia add masuk group. Dalam tu banyak task dia bagi, kita ikut jer. Cuma part yang paling tak best bila kena keluarka duit sendiri untuk buat pelaburan. Contohnya yang paling murah RM68 ( untuk orang baru), nanti dapat pulangan 10%-30%. Yang ni memang Cik Nor tak pernah buat la. Duit-duit tak ada tak kuasa nak bagi duit kat orang,haha.

Cik Nor dah buat task 2 hari tapi comission masih belum dapat. Mungkin masa ni dia dapat hidu kot yang Cik Nor nak scam dia. Dia bagi alasan nak bayar bila task hari ke 2 berakhir. Tunggu lah kita sampai ukul 10 malam. Tak ada pun duit masuk akaun. Bukan berharap dapat tapi nak tengok tahap kecekapan dia nak scam orang.haha

Tunggu dia balas kat telegram tak juga berbalas, Cik Nor pergi la layan drama kat tv dulu. Datang tengok balik dalam pukul 11 malam macam tu, korang tahu apa dia buat. Dia remove Cik Nor dari group dan incas tu dah matikan profile dia kat telgram. Gambar dia semua dah delete. Perghh..dapat menghidu yang Cik Nor nak scam diorang. haha.

Kali ni Cik Nor dapat scam diorang RM12 jer. Orang kata tak baik scam orang. Tapi Cik Nor selagi tak dapat balik duit Cik Nor lebih kurang RM230 tu, selagi tu Cik Nor akan scam scammer tu..haha. Korang jangan tak tahu yang Cik Nor pernah kena scam dengan scammer sebelum ni yer..huhu

Baca juga : Sebelum Ko Scam Aku Baik Aku Scam Ko

4 comments:

  1. Mesti scammer tue bengang yang amat pada Cik Nor kerana tak berjaya nak scam sebaliknya dia plak kena scam.. hihi apapun saya doakan agar semua urusan Cik Nor untuk dapatkan kembali duit Cik Nor dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. dari cara (scam) dia tu cik nor, dia tu lelaki ke perempuan?

    ReplyDelete
  3. mcm2 taktik diaorang ni kan....adoi la

    ReplyDelete
  4. Haha..scammer yang sentap dengan ciknor gayanya tu

    ReplyDelete