Breaking News

Bila Ko Dah Lama Tak Dapat Panggilan Peperiksaan Online

 


Assalamualaikum..

Lama betul Cik Nor tak dapat panggilan untuk Peperiksaan Online bawah SPA ni SPA tu apa? Suruhajaya Perkhidmatan Awan. Hehe. Tempat orang mintak kerja kerajaan.  Ingatkan dah tak layak untuk mengisi jawatan dalam organisasi kerajaan dah sebab umur dah bakal memasuki usia senja.haha,. Rupanya silap sangkaan Cik Nor. Selama ini Cik Nor tak tengak yang permohonan kat SPA ni ada tarikh luput. La..Kena renew tiap-tiap tahun rupanya. Kalau tak silap Cik Nor dah 2 tahun Cik Nor tak renew sebab tu tak dapat mana-mana panggilan untuk peperiksaan online.

Berdebar jugak nak menjawab peperiksaan esok sebab dah lama dah menjawab exam ni. Rasanya macam dah 2 tahun, sebelum PKP lagi tak dapat apa-apa panggilan peperiksaan online. Sadiss betulkan. Silap diri sendiri jugak. Laman sosial lain hari-hari boleh buka tapi laman mencari kerja sebelun sekali belum tentu buka. Adeii.

Korang ada apa-apa tips tak untuk menjawab soalan peperiksaan ni? Dah banyak kali Cik Nor gagal Ujian Psikometrik ni. Nak kata tak baca dengan teliti dah baca  dengan teliti tapi tak jugak lulus. Anak buah Cik Nor pula bagi cadangan supaya jawab semua C. Boleh guna ke cadangan dia ni.haha. Macam tak masuk akal jer.

Siapa-siapa yang pernah menjawab peperiksaan macam ni boleh la kongsikan jawapan, mana tahu Cik Nor boleh lulus peperiksaan kali ni. Dah lama tak berasa temuduga secara bersemuka. hehe. Doakan Cik Nor ada rezeki kali ini yer...aamiin

4 comments:

  1. cik nor cuba search telegram group Tips SPA Online sbb kat group tu ada yang share link utk jawatan2 SPA. mana tahu dpt jwpn contoh hehehe

    ReplyDelete
  2. sebelum start, jangan lupa mulakan dengan bismillah cik nor..hehe..lepas tu jawab soalan dengan rileks & jangan push sangat...jawab je apa yang cik nor tahu dan yakin betul...

    ReplyDelete
  3. Fiza pun dua kali amik, dua2 failed.. dpt lagi terus lupa tarikh, malas dah nk menjawab soalan dia, kadang2 susah sgt

    ReplyDelete
  4. dah lama tinggalkan dunia spa ni hehehee apa2 pun all the best utk cik nor

    ReplyDelete