Breaking News

Gigih Natizen Buat Kerja

 

Alang-alang Neelofa dah up sendiri kat laman sosial, Cik Nor up satu kat blog sebagai kenangan..hehe. lebih kurang samakan muka dengan Jebat..hehe

Assalamualaikum..

Panas..panas..panas pasal isu natizen viral muka anak Neelofa yang selama ini menjadi tanda tanya ramai. Cik Nor tak teruju sangat nak tengok muka Bilal tu sebab dah jangka muka dia lebih kurang Jebat anak kakak Neelofa iaitu Nabila. Kan betul sangkaan Cik Nor memang tak jauh beza muka sepupu Jebat ni. Yang natizen dok kalut bagai tu kenapa, dah macam nak menang loteri berjuta. Adoii..korang ni macam tak ada kerja lain nak buat.

Yang paling sadissnya..dah tengok muka nak tu Neelofa tu diam-diam jer lah. Tak perlu lah ambik gambar dan kongsi kat laman sosial. Tentu-tentu dah mencabul hak privacy orang. Kalau orang nak saman pun boleh tau sebab ambik gambar tanpa kebenaran. Dah tu bukan kongsi gambar sahaja, siap ada geng kutuk mengutuk pulak dah.

Korang kira seendirilah berapa bakul dosa korang dapat dok kutuk-kutuk anak orang. Tak kisah dia nak sorok anak dia tak comel ke?nak apa ke? Tu hak dia, yang korang sibuk tu kenapa? Adakah ia memberi kerugian pada korang ke? Eh..eh ter emosi pulak...hehe

Cik Nor tak sokong mana-mana pihak cuma privacy orang kita hendaklah hormati. Yang main terjah ikut suka kita jer. Tambah kita orang melayu penuh dengan adat dan budaya. Macam kita pergi rumah orang main masuk jer, tak bagi salam, tak ketuk pintu. Itu namanya tiada adab. Macam juga kes anak Neelofa ni, dah la ambik gambar tanpa kebenaran. Siap kongsi kat laman sosial pulak. Adeii..

Fikir la masak-masak sebelum membuat sesuai tindakan. Mungkin kat dunia korang terlepas, kat akhirat siapa yang tahu. Merangkak korang kat padang Mahsyar cari orang yang mintak maaf. Mintak jauh la weh..Nauzubillah...

Eh, panjang pulak membebel kali ni. Ingat jer, fikir dulu sebelum buat sesuatu perkara. Kalau orang tak redha, naya kita bukan Pak Karim yer..hihi

Baca juga : Selamat Pengantin Baru Lofa & Pu Riz

4 comments:

  1. Sampai naik stress cik lopa tgk gambar anak dia kne edit sesuke hati..

    ReplyDelete
  2. Kita x kisah sangat nak tengok anak dia. Sebab tahu muka tu iras jebat jugak. Tapi tu la. Netizen sbnrnya ramai yang bz body. Ramai tak puashati sebab maknya tu sendiri dok acah acah nak tayang. Bila netizen buat "kerja" edit² mara. Anak comey pun nak sorok. Tak paham betul.

    ReplyDelete
  3. sama lah kita cik nor..saya pun tak teruja nak tgk muka bilal sbb dah boleh agak muka bilal sama macam sepupu dia, Jebat..tak tahu lah yang kecoh sangat dorang nak tgk muka bilal ni..dah tunjuk, mengutuk pulak..adeh...masalah jiwa betul netizen ni...

    ReplyDelete
  4. x suka yg edit tu...mcm laa bgs sgt...terpaling apa ya utk org mcm ni??

    ReplyDelete