Sinopsis Drama Sentuhan Najwa
Sinopsis Sentuhan Najwa
Kisah Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya.
Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.
Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.
Lakonan hebat : Afifah Nasir sebagai Najwa, Ryun Ryry sebagai Raihana, Alif Muhaimin sebagai Arman, Faiz Izzat sebagai Yazi, Jasper Supayah sebagai Easther, Aleza Shadan sebagai Mak Jenab Zila Bakarin sebagai Datin Kamala Roy Azman sebagai, Datuk Marzuki, Ako Mustapha sebagai Zakaria, Zack Zabhas sebagai Judi, Zul Helmy sebagai Redz, Ady Mohammad sebagai Damier, Sri Idrina sebagai Mia, Zati Nizam sebagai Rin, Ayu Ayuni sebagai Tami
Baca juga : Sinopsis Drama Suri Hati
No comments