Breaking News

Kerana Kau, Aku Sengsara


Assalamualaikum...

Adoii...derafnya malam adi lagi. Tapi isi kandunganya non hadoo. Keletihan mengatasi segalanya.  Segalanya Cik Nor ceritakan sekejap lagi.

Hari Ahad minggu ni Cik Nor cuti ada temujanji di klinik sebab nak ambik result ujian darah. Kenapa Cik Nor buat ujian darah? Nanti Cik Nor cerita di entry akan datang. Tungguuuu. Back to the story...masa dalam kereta nak g klinik cari ic nak bagi mak, nak suruh dia ambikkan nombor sementara Cik Nor parking kereta. Arghh..sudah..mana ic? Tanya mak, macam mana nak klinik ic tak ada. Mak kata tak apa kad appointment dah ada. Ada sedikit kelegaan disitu. Kat klinik masa tengah tunggu nombor Cik nor dipanggil belek-belek lagi dalam beg duit. Ternyata hampa.

Dah siap kat klinik, dengan rasa xpuashati balik rumah selongkar lagi dalam beg duit. Tak ada juga. Cari dalam handbag lama...kosong juga. Aduss..parah ni...berapa lama ic tak ada pun Cik Nor tak sedar. Kakak pulak dok telefon nak suruh pergi buat ic baru. Nak buat ic baru macam mana surat beranak ada kat Kota Bharu. Cik Nor dengan cepatnya bersiap untuk ke Kota Bharu nak cari dulu ic tu kot-kot tercicir dirumah sewa atau tetinggal dipejabat. 

Masa sampai rumah sewa, mula-mula sekali Cik Nor buka fail sijil sebab nak tengok surat beranak. Alangkah terkejutnya bila tengok ic Cik Nor cantik jer diklip dengan klip kertas. Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Ini bermakna hampir 3 bulan Cik Nor kemana-mana tanpa ic. Mujurla tak di tangkap polis. Kalau tak memang jadi pati la  Cik Nor.

Kenapa ic tu berada disitu? Temuduga punya pasal, haru Cik Nor dibuatnya. Dah jumpa ic terpaksa balik Machang semula sebab ada hal berkaitan ic harus diselesaikan.  Ic dengan lesen yang kat atas tu gambar sama. Tu yang sangka lesen tu ic.😁

Oklah..itu sahaja untuk malam ini. Dah panjang sangat tu. Bosan pulak korang membacanya. See u again.

5 comments:

  1. Adehh hhaha blh plak x disedari ya sis..

    ReplyDelete
  2. Selalu mmg jadi gitulah cik Nor....bila nak pakai mulalah tak de. Nak terkencing mencarinya

    ReplyDelete
  3. Cik Nor.. Rasa macam lama giler tak blogwalking..

    ReplyDelete
  4. benda penting kan cik nor. adess mmg gelabah kalau carik tak jumpa.. hihihi

    ReplyDelete