Breaking News

Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku?



Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian  Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.


Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Dilakonkan oleh : Wanna Ali sebagai Ariana, Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi, Neera Azizi sebagai Lara Sofea, Farhan Asri sebagai Azman Malek, Nabil Aqil sebagai Reza, Syafi Tee sebagai Zain, Wani Kayrie sebagai Tina, Bella Astillah sebagai Maya, Sherry Ibrahim sebagai Maksu Aini, Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah, Enot sebagai Mak Long, Elanie Aidid sebagai Suzie, Fiza Thomas sebagai Lisa, Ameerul Asyraf sebagai Syukri, Lan Zailan sebagai Uncle Bob, Ahmad Syafiq sebagai Adib, Rosli Rahman Adam sebagai Dr Love

No comments