Breaking News

Wangikan Kediaman Dan Kereta Anda Dengan Penyegar Udara D'menc Afy Haniff

Assalamualaikum..

Korang kalau beli penyegar udara untuk rumah atau kereta kat mana erk? Kalau Cik Nor selalu beli kedai murah-murah jer. Sebab malas nak cari tempat lain, apa yang ada depan mata itulah yang Cik Nor cepat capai. Tapi satu jer masalah penyegar udara kalau beli yang murah-murah ni, wangian dia kejap-kejap jer bau. Kadang-kadang tu tak bau langsung weh. Guna sekejap jer dah bau kepam. Haishh..memang nak kena cari yang tahan lama ni dan berbaloi dengan harga.

Masa tengah sroll cerita terkini kat laman sosial ternampak la penyegar udara D'menc Afy Haniff. Macam tertarik lah pulak nak cuba, Tergoda tengok botol dia yang berbentuk epal dan cecair kat dalam tu berwarna merah. Nampak seksi dan menawan.  Penyegar udara D'menc Afy Haniff dengan wangian Fantasy Rose ini adalah edisi terhad. Rugi sangat kalau siapa yang tak beli kerana wangian dia boleh bertahan sehingga 60 hari.

Ia didatangkan dalam botol botol kaca berbentuk epal berwarna jernih, berpenutup kayu dan tali serta berkapasiti 10ml. Penyegar udara D'menc Afy Haniff ini mengandungi pati minyak wangi sintetik yang mampu mewangi segenap ruang dimana ia di letakkan. Ia dapat memberi kesegaran dan wangian berpanjangan didalam bilik tidur, tandas, almari, kereta dan mana-mana ruang yang korang rasakan sesuai untuk di letakkan penyegar udara ini.

Penyegar udara D'menc Afy Haniff mengandungi 100% wangian premium, kaya dengan kesegaran bunga ros dan haruman yang berpanjangan. Setiap penyegar udara mesti mempunyai kelebihan tersendiri, begitu juga dengan penyegar udara D'menc Afy Haniff.

1. Parfum mengandungi 100% pati minyak wangi sintetik 

2. Pewangi tidak dicampur dengan minyak pemberat yang boleh menyebabkan bauan tidak tahan lama

3. Mampu bertahan lebih dari 30 hari penggunaan 

4. Wangian kekal segar hingga penghabisan minyak 

5. Hanya sedikit penggunaan mampu menyegarkan seluruh ruangan 

6. Penyegar untuk kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu, dapur 

7. Selamat untuk dihidu oleh semua peringkat umur

Cara guna pun senang :

1.Buka stopper sepenuhnya atau cucuk bahagian atas penutup 

2.Pasangkan penutup kayu dan terbalikkan dengan kadar segera 

3.Terbalikkan semula jika bau telah berkurang

CARA PENGENDALIAN DAN LANGKAH KESELAMATAN: 

1. Simpan ditempat yang kering dan tidak boleh dicapai kanak-kanak 

2. Kegunaan luaran sahaja, tidak boleh diminum 

3. Jangan tempatkan pewangi pada suhu tinggi/terdedah pada cahaya matahari secara langsung 

4. Cuci dengan sabun jika terkena kulit 

5. Jika tertelan,segera kumur dengan air dan dapatkan rawatan doktor 

6. Jika terkena mata, basuh dengan air mengalir selama beberapa minit, segera dapatkan nasihat doktor

7. Elak cecair daripada terkena pada permukaan yang mudah terhakis

Cik Nor dah cuba penyegar udara D'menc Afy Haniff ni, ternyata Cik Nor sangat berpuasa hati kerana wangian dia asli dan mampu bertahan lama sehingga 60 hari. Baunya yang lembut tidak memeningkan kepala sesiapa yang menyedut wangian ini.

Korang tak nak cuba ke? Rugi lerr kalau tak cuba sebab Fantasy Rose ni edisi terhad tau. Kalau rasa nak cuba atau nak ushar-ushar dulu boleh lawati : 

Facebook : AFY Haniff

https://www.facebook.com/AFYconsumer/ 

Instagram : @afyhaniff

https://www.instagram.com/afyhaniff/

Tiktok : AFY haniff (@afyhaniff)

https://www.tiktok.com/@afyhaniff

Website : www.afyhaniff.com

Shopee : https://shopee.com.my/afyhaniff

Link Direct ke produk Air Freshener - Fantasy Rose : https://bit.ly/3csBIxu

3 comments: