Lega Hati Bila Satu Hutang Dah Berkurang
Assalamualaikum..
Pada hari selasa ( 19/07/2022) semacam tarikh keramat buat Cik Nor kerana berjaya langsaikan semua hutang kereta selepas 9 tahun bayar tanpa henti. Eh..berhenti jugak masa kerajaan tawar moratarium sewaktu Covid19 tengah rancak menyerang dunia. Cik Nor ambik jugak moratarium tu selama 6 bulan. Sepatutnya pinjaman kereta Cik Nor habis hujung tahun ni tapi Cik Nor ambik keputusan untuk buat settlement sebab bakinya cuma RM2k ++. Walaupun hanya RM2K++ tapi dengan keadaan ekonomi yang tak menetu sekarang, sayu jugak bila duit keluar macam tu jer.
Cik Nor buat keputusan ini bila ada khabar angin mengatakan ada kenaikan dalam setiap pinjaman tak kira pinjaman lama atau baru. Dek kerana tak mahu membayar kenaikan tersebut Cik Nor terus telefon Maybank Finance Kota Bharu untuk bertanyakan prosedur untuk membuat bayaran penuh ni. Pegawai bahagian pinjaman tersebut memberi 2 cadangan kepada Cik Nor iaitu membayar secara dalam talian atau pergi ke mana-mana cawangan Maybank terdekat.
Cik Nor ni jenis tak percaya sangat kalau bayar dalam talian ni. Oh..lupa amaun yang kena bayar tu dia dah bagi so kalau nak bayar ikut jer amaun yang dia bagi tu. Oleh kerana kakak ada hal berhampiran dengan Maybank Cawangan Tanah Merah, maka Cik Nor ikut sekali la sebab duit pun dah ready dalam akaun. Tak lama prosedur dia cuma isi form dia bagi dengan amaun yang sepatutnya kita bayar, kalau tak confirm boleh check balik amaun yang kena bayar kat font desk. Kat situ staf dia akan check semula untuk kita.
Sebelum isi form tu Cik Nor ke mesin ATM untuk keluarkan duit tunai, malangnya had pengeluaran Cik Nor cuma RM1K jer sehari. Alamak macam mana ni? Pergi balik kat front desk tanya dia macam mana nak buat sebab duit tunai tak ada ni. Staf tu bagi satu lagi form untuk keluarkan duit tunai secara manual. Alhamdulillah settle part tu. Pergi ke kaunter bayaran dan staf kaunter tu tanya adakah amaun yang Cik Nor tulis tu tepat dan dapat dari mana? Cik Nor terus bagitahu amaun tu Cik Nor dapat dari staf front desk. Terus dia mintka kad pengenalan dan kad bank untuk proses pengeluaran duit tunai dan pembayaran penuh pinjaman kenderaan.
Masa tengah proses staf kaunter tu tanya geran kereta dah ambil ke belum. Cik Nor cakap belum lagi, Kalau belum lagi dia bagi cadangan supaya isi borang kat front desk untuk hantar geran ke Maybank Cawangan Tanah Merah. Masa tu fikir lagi dan tak bagi jawapan lagi. Fikir punya fikir, kalau pergi ke Kota bharu kena isi petrol RM20, kalau suruh dia hantar ke sini petrol tak habis pun RM10. Maka Cik Nor isi lah form untuk geran dihantar ke Tanah Merah.
Sekarang ni tengah menunggu panggilan telefon dari Maybank Tanah Merah untuk Collet geran asal kereta Cik Nor. Geran tu Cik Nor akan bawa ke JPJ untuk cancelkan nama Maybank yang terdapat dalam geran tu. Sekang dah tak ada Letter Release dah, JPJ akan cencelkan dalam sistem dia sahaja.
Wah panjang giler Cik Nor mengarang kali ni. Biasa Ciput jer kan. Haha. Sebagai panduan untuk korang yang ingin membuat pembayaran penuh pinjaman kenderaan.
Baca juga : Pengalaman Beli Rumah Pr1ma
Tah iah Cik Nur...akak masih banyak lagi hutang ni
ReplyDeleteAbe kie abis byr kereta thn 2018...beli preve hitam. 6 thn gak ambik masa. Awal mac lalu mula byr axia utk anak plak.
ReplyDeleteTahniah cik nor, Abe kin tahun ni rasa habis hutang kereta tu, dah boleh geran dah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dapat mengatur ekonomi pada masa2 mencabar ni sangat penting..
ReplyDelete