Releven Lagi Ke Kafe Cyber Zaman Sekarang
Assalamualaikum..
Kalau zaman sebelum telefon pintar ada, kafe cyber adalah tempat utama yang di tuju oleh para remaja untuk mendapatkan internet. Masa tu memang banyak kafe cyber yang wujud macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Pilih sahaja mana yang mahu, tidak kira murah atau mahal pasti penuh dengan pelanggan.
Sejak adanya telefon pintar, banyak kafe cyber yang gulung tikar sebab tak ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka. Kalau ditempat Cik Nor boleh dikira berapa kerat sahaja kafe cyber yang masih beroperasi. Itu pun sebab ada pelajar universiti yang masih menggunakan kafe cyber untuk menyiapkan tugasan ataupun mencari maklumat yang perlu di cetak. Tidak semua pelajar mampu untuk memiliki komputer atau pencetak sendiri. Kalau ada komputer tak semestinya memiliki pencetak.
Contoh macam Cik Nor, ada laptop tapi tak ada pencetak. Tetap jugak kena cari kafe cyber jika hendak mencetak sesuatu. Kalau lah semua kafe cyber ni tutup, manalah kami yang tiada pencetak ni nak menggagau. Mesti orang kata mesin pencetak tu murah jer lah. Tapi dengan keadaan ekonomi zaman sekarang ni, kena fikir dua 3 kali kalau nak beli sesuatu barang. Tidak kiralah barang tu murah atau pun mahal.
Banyak yang perlu difikirkan sebelum membeli sesuatu barang yang agak tinggi nilainya. Bagi yang berkemampuan tiada masalah. Macam Cik Nor yang dari golongan B40 ni memang berkira untuk membeli. Selagi boleh berjimat, selagi tu Cik Nor jimat sebab nak beli barang keperluan.
Bagi korang korang releven lagi kewujudan kafe cyber ni? Kalau ikut pendapat Cik Nor memang releven sebab Cik Nor masih lagi menggunakan khidmat kafe cyber untuk mencetak sesuatu. Nak beli mesin pencetak sendiri memang lambat lagi la.hehe. Tunggu betul-betul ada rezeki lebih baru boleh beli.
Dulu rasanya masa tahun 2008 - 2014 ramai yang pergi cyber termasuk sy juga.. sebab masa tu takda hp lagi.. bila dah ada hp dah tak pergi sebab apa2 boleh search kat internet. Cuma kurang best lah sbb hp pun dulu bukan yg andoid mcm skrg.. mujurlah dapat laptop 1Malaysia waktu tu.. Releven cuma kuranglah sambutan.. Tapi kalau kafe cyber ada mesin photocopy atau pencetak ramai yg guna..
ReplyDelete