Breaking News

Sinopsis Drama Risik Pada Hati

 

Sinopsis Risik Pada Hati

Mengisahkan Adam dan Hayfa yang sangat bahagia dengan perkahwinan namun Hayfa tidak mampu memberikan zuriat kepada suaminya.

Suatu hari, Hayfa meminta Adam berkahwin lain dan Adam akhirnya bersetuju menerima Aisya sebagai isteri keduanya. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Selepas kehadiran Umar, kebahagian kehidupan mereka mula goyah.  Ada yang cuba menjadi batu api sehingga timbul curiga dan prasangka dalam diri Hayfa dan Aisya.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Lakonan hebat : Alif Satar sebagai Adam, Ummi Nazeera sebagai Hayfa, Zara Zya sebagai Aisya, Haleeda Mazlein sebagai Hajah Wardah, Rahim Omar sebagai Haji Kassim, Shiqin Kamal sebagai Suhara, Izzue Islam sebagai Nazim , Nazs Sally sebagai Nurhan, Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diba, Trisha Ooi sebagai Erra, Ikhwan Rosli sebagai Farid, Shazia Rozaini sebagai Atilia, Syazuwan Hassan sebagai En Hairul

2 comments:

  1. tak mampu nak tengok drama ni sbb rasa terkesan dengan watak hafya yg berkorban bagi izin pada suami utk kahwin lagi demi seorang zuriat...sebab saya dan watak hayfa sama tapi sis tak seberani hayfa bagi keizinan pada suami..sis seorang yg kuat cemburu...

    ReplyDelete
  2. Saya masih belum berkesempatan nak tengok drama nie, sebab dah tengok klip video pendek kat FB sebelum nie.. Macam sedih jea jalan citer drama nie tapi tetap tak lari daripada konflik...

    ReplyDelete