Breaking News

Sinopsis Drama Tarik Aku Ke Syurga

 

Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Zamri (Zul Ariffin) ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh. 

Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara (Nelissa Nizam) kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Watak Pelakon : Zul Ariffin sebagai Zamri, Nelissa Nizam sebagai Zara Adelia, Keith Foo sebagai Shawn, Lisdawati sebagai Hajah Raudah, Izzendra sebagai Natasha, Khairil Anwar Aman sebagai Haji Murad, Aleeza Kasim sebagai Datin Maria, Esma Daniel sebagai Dato Azman, Zila Bakarin sebagai Hajah Jamilah, Mahmud Alibashah sebagai Haji Nizam, Hafreez Adam sebagai Kashaf, Nada Nursyuhada sebagai Che Pah, Afzan A.Rahman sebagai Doktor Bakri, Idzham Ismail sebagai Dahlan, Ayra Messi sebagai Julia, Nabil Aqil sebagai Aidil, Khafizah Hanafie sebagai Puan Zaimah, Zizi Hazirah sebagai Rahila , Sean Lee sebagai Dr Chin

2 comments:

  1. kalau ikut novel, zamri ni gay kalau x silap..tapi di adaptasi ke drama, watak dia ditukar kepada playboy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke?xbaca pun novel nya..kalau gay cam ala2 drama Suamiku lelaki Pendosa la kan..owh yg ni tukar ke playboy ye..ok kita tengok sampai habis hihi..

      Delete