Breaking News

I Can See Your Voice Malaysia 2022 - Edisi Raya


Assalamualaikum..

Rancangan kegemaran Cik Nor setiap tahun iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke 5 membuka tirainya malam tadi dengan Edisi Raya. Tapi rasanya musim ni tak se best musim yang sebelum ni. Ini kerana pengacara lama iaitu Syuk Sahar dan Sean Lee telah digugurkan dan digantikan dengan Izzue Islam dan Ain Idruce.

Manakala juri tetap pula juga telah ditukar, tiada lagi Jihan Muse, Yusry KRU, Mark Adam, Sealan Paul dan Fad Bocey. Kni tempat mereka telah digantikan dengan Rosyam Nor, Janna Nick dan Andee Bernadee. Untuk panel penyiasat jemputan malam tadi ialah Shiha Zikir, Zulin Aziz dan Kilafairy.

Manakala artis jemputan malam tadi ialah Naim Danial dan Tajul.  Nak kata havoc sangat tak la sangat. Yang part best bila Janna Nick dan Andee Bernadee tersilap buat percaturan bila salah meneka peserta yang menyamar. Andee terpaksa membuka baju melayunya dan Janna terpaksa kawen olok-olok dengan penyamar yang memenangi wang tunai sebanyak RM3K. Tula  kan..kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.haha

7 comments:

  1. Tak tengok sampai habis malam tadi. Rindu Sean Lee dan Mark Adam. Huhu

    ReplyDelete
  2. alaa mcm x best je...sbb pengacara & juri tetap dh bertukar...

    ReplyDelete
  3. Tak sempat tengok edisi raya ni. nanti nak cari kat YT lah.

    ReplyDelete
  4. Tak sempat tengok edisi raya ni. nanti nak cari kat YT lah.

    ReplyDelete
  5. Tak sempat tengok edisi raya ni. nanti nak cari kat YT lah.

    ReplyDelete
  6. Tak tengok pulak edisi raya. nanti nak tengok kat YT lah.

    ReplyDelete
  7. Tak tengok pulak edisi raya. nanti nak tengok kat YT lah.

    ReplyDelete