Breaking News

Selamat Hari Guru 2022 - Guru Tunjang Sekolah Sejahtera


Assalamualaikum..


Wah, bangun-bangun pagi ni tengok ramai orang dok wish selamat hari guru. Baru perasan hari ni 16 Mei. Seluruh Malaysia menyambut hari guru. Masih ingat lah waktu sekolah, pelbagai acara dijalankan sewaktu hari guru untuk mengeratkan lagi hubungan murid dengan guru. Semua acara yang dijalankan mesti melibatkan guru dan murid.

Selain itu juga ada jamuan makan selepas selesai semua acara. Pendek kata satu hari tu memang tiada pembelajaranlah. Datang sekolah semata-mata untuk sambut hari guru. Masa hari  sambut hari guru tu, memang nampak kegembiraan dan keceriaan diwajah mereka bila kepenatan mereka selama ini dihargai.

Memang tidak dinafikan jasa guru kita sangat besar. Mereka ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Tanpa mereka sehingga ke hari ini kita tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Ramai yang telah menjadi orang yang berjaya kerana mu insan yang di panggil CIKGU.

Terima kasih Cikgu, jasa mu memang tidak dapat dibalas. Kami doakan semoga cikgu-cikgu semua sentiasa dibawah lindunganNYA..aamiin

Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia. Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.

Baca juga : Selamat Hari Guru

4 comments:

  1. Selamat hari guru buat semua yg bergelar guru....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Tp sek abe kie cuma akan sambut pd 23 mei ni.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru samada formal atau tidak.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih
    Nnti jemput komen blog rabia ya

    ReplyDelete