Breaking News

Tiba-Tiba Hari Raya



Assalamualaikum..

Mesti hari raya tahun ini menjadi sejarah paling indah yang tiadak dapat dilupakan. Sebab apa? Ini kerana jangkaan rakyat Malaysia yang beragama islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Selasa bersamaan 3 Mei 2022. Namun jangkaan itu meleset sama sekali bila kita menyambutnya awal sehari dari tarikh yang dijangkakan. Memang diluar jangkaan kan?

Begitu lah juga dengan keluarga Cik Nor, tak prepare apa pun untuk raya keesokan hari. Dari awal memang dah plan nak masak nasi lemak dipagi raya sebab nak buat menu yang berat-berat. Barang lain semua dah ready tapi terkilan jugalah sebab tak dapat nak beli ayam. Sepatutnya nasi lemak tu ada ayam goreng crispy tapi dah esoknya dah raya mana nak dapat ayamnya.

Maka dipagi raya tu terjadilah nasi lemak sambal sotong, sambal kosong sebab mak & ayah tak boleh makan ikan bilis, ikan bilis goreng rangup, kacang goreng, timun dan telur rebus. Melantak la kami nasi lemak tu sampai ke petang.haha. Nak makan ketupat dan lain-lain tak boleh sebab tak sempat buat. Biskut raya? Memang tak layan kalau awal-awal ni. Bila nak habis raya baru rasa nak cari.

Baju raya korang tak payah tanya sebab, adik baru balik malam raya tu dan tak sempat nak basuh lagi. Dok la dia terperuk dalam plastik tu sampai ke hari ini. Rumah pun berkemas ala kadar sebab tak jangka raya awal. Nasib baik ruang dapur sempat kemas sebab ramai saudara mara datang terus masuk dapur.hehe

Itulah cerita hari raya tiba-tiba Cik Nor. Jom lah cerita hari raya tiba-tiba korang pulak. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua pembaca blog Cik Nor.

13 comments:

  1. Selamat hari raya❤️
    Positif😁perancangan Allah lebih baik
    alhamdulillah . dah ready brg2 so mlm terus masak je. tp kelamkabut bab nak mengemas rumah susun karpet ,mop vakum he hee kol 2 pg jgaklah baru dpt tido.

    ReplyDelete
  2. Sama lah. Ayam tak sempat beli. Maka masak lah apa yang ada. Pakaian semua dah iron awal-awal. Biskut raya pun tunggu masuk dalam balang je.

    Selamat Hari Raya 2022.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya ciknor.. maaf zahir batin.. =)

    ReplyDelete
  4. abe kie buat majlis makan2 pd raya kedua. raya pertama kami sekeluarga gi jln2 umah kaum keluarga jd x perlu risau la jika x masak apa2 pun utk raya pertama! See my level?

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut raya
    maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya cik Nor. Rare tu nasi lemak pagi raya.

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya cik nor... sy mmg selalu booking order awal ayam dan kambing... so sempatlah masak malam raya terkejut tu... lepas je pengumuman terus je mula menumis... ayam kambing semua dan defrost sblm berbuka lagi... instict nk raya isnin.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Cik Nor & family..

    ReplyDelete
  9. Betul tu Kak Nor, jadi sejarah hidup kita. Raya serba kelam kabut tak prepare apa sangat. Kemeriahan kelam kabut yang dirindui selepas 2 tahun tak beraya sakan.

    Apa² pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

    Maaf jika ada penulisan blog dan komen terguris hati dan perasaan. 0-0 ye :)

    ReplyDelete
  10. Betul tu Kak Nor, jadi sejarah hidup kita. Raya serba kelam kabut tak prepare apa sangat. Kemeriahan kelam kabut yang dirindui selepas 2 tahun tak beraya sakan.

    Apa² pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

    Maaf jika ada penulisan blog dan komen terguris hati dan perasaan. 0-0 ye :)

    ReplyDelete
  11. Betul tu Kak Nor, jadi sejarah hidup kita. Raya serba kelam kabut tak prepare apa sangat. Kemeriahan kelam kabut yang dirindui selepas 2 tahun tak beraya sakan.

    Apa² pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

    Maaf jika ada penulisan blog dan komen terguris hati dan perasaan. 0-0 ye :)

    ReplyDelete
  12. Betul tu Kak Nor, jadi sejarah hidup kita. Raya serba kelam kabut tak prepare apa sangat. Kemeriahan kelam kabut yang dirindui selepas 2 tahun tak beraya sakan.

    Apa² pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

    Maaf jika ada penulisan blog dan komen terguris hati dan perasaan. 0-0 ye :)

    ReplyDelete
  13. Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin CikNor

    ReplyDelete