Breaking News

Sinopsis Drama Kerana Aku Isteri Bidaan

 

Sinopsis Kerana Aku Isteri Bidaan

Kisah Raina yang telah memfitnah Farel demi kepentingannya tanpa menyedari ia memerangkap diri sendiri hingga tekad melarikan diri daripada suami yang baru mengahwininya. Raina salah perkiraan apabila dia diperangkap oleh kekasihnya, Aznor yang menjualnya untuk dijadikan GRO.

Farel dibesarkan oleh ibu angkatnya, Juwita dan mempunyai adik angkat, Miara. Miara telah menfitnah Farel menodainya, sehingga Farel dihalau oleh ibu angkatnya. Farel kembali ke pangkuan bapa kandungnya yang tidak lama kemudian meninggal dunia dan telah mewariskan kepadanya segala harta dan kemewahan.

Farel bertemu semula dengn Raina di kelab hiburan. Farel mahu membebaskan Raina dari kancah maksiat walaupun pada mulanya Farel hanya ingin melunaskan dendamya kepada Raina. Namun kemudian Raina ditangkap khalwat dengan bekas pelanggannya sehingga Farel mahu menjualnya kembali kepada bapa ayam.

Sehinggalah pada suatu hari di mana Farel dinasihati oleh imam di kampungnya tentang tanggungjawab seorang suami. Dia mula sedar dann ngin kembali menebus silapnya dan ingin membaik pulih rumahtangganya.

Pelakon: Scha Elinnea, Hisyam Hamid, Wanns Ahmad, Ellyas Abdullah, Cahaya Nilam, Syafnida Shuhaimi, Nina Nadira, Jalaludin Hassan, Silfeny Osman, Helvera Esmond, Lydia Saimon, Jasper Supayah, Esma Daniel, Syarul Ezani

No comments