Breaking News

Kesan Pengurangan Tembakau

 


Apa itu tembakau?

Tembakau ialah hasil pertanian yang diproses daripada daun mana-mana spesies tumbuhan dalam genus Nicotiana keluarga Solanaceae terutamanya Nicotiana tabacum dan Nicotiana rustica. Daun-daun yang dikeringawet ini sering diambil secara dibakar dan dihisap asapnya dalam bentuk cerut, rokok, atau menggunakan paip. Ia juga boleh dikunyah (seperti semasa bersirih pinang), "dicelup" (diletakkan antara pipi dengan gusi) atau dihidu ke dalam hidung sebagai bahan sedutan dalam bentuk serbuk halus.

Ia dahulunya ditanam lama dalam kalangan masyarakat peribumi Amerika untuk tujuan adat istiadat sebelum kedatangan orang Eropah yang mengenali tumbuhan ini serta memperkenalkan ia ke Dunia Lama pada abad ke-16.


Apa Kesan Berhenti Merokok?

Sakit berhenti merokok akibat putusnya zat nikotin dalam badan, berdasarkan pengalaman berhenti merokok secara mendadak yang diceritakan oleh segelintir perokok lain juga menjadi penyebab masyarakat takut untuk berhenti merokok. Justeru, mereka lebih memilih untuk hidup dengan kesan sampingan merokok kerana beranggapan mungkin semuanya sudah terlambat. Ini semua tidak benar! Artikel ini akan mengupas perubahan yang berlaku kepada anda selepas berhenti merokok mengikut garis masa. Mungkin fikiran anda akan berubah selepas ini.

Kebanyakan orang merokok adalah kerana mereka memerlukan nikotin, demikian kami sering berhubungkan nikotin dengan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan merokok. Tetapi kebanyakan kami tidak tahu bahawa nikotin adalah konstituen semulajadi dalam tembakau dan bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok.Tetapi apabila perokok menyalakan rokok mereka, ia akan membebaskan asap rokok yang mengandungi bahan-bahan kimia yang memudaratkan. Oleh itu,penyebab utama penyakit berkaitan merokok bukanlah nikotin, tetapi adalah asap rokok yang mengadungi bahan-bahan kimia seperti karbon monoksida dan nitrogen dioksida.


Produk alternatif menggantikan penggunaan tembakau

Kami sedar bahawa kerajaan telah memperkenalkan banyak kempen anti-merokok, tetapi adakah kempen-kempen ini efektif? Kami tidak pasti, tetapi pakar-pakar kesihatan awam mencadangkan bahawa kami juga perlu meneroka idea Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau (Tobacco Harm Reduction Strategy, “THR”) untuk membantu perokok mengurangkan kemudaratan dan memberi rakyat Malaysia negara yang bebas dari asap rokok.

Salah satu cara yang paling efektif adalah menggalakkan perokok-perokok beralih ke produk-produk alternatif bebas asap rokok (smoke-free alterntive) yang mengandungi nikotin dan boleh memberikan kepuasan kepada perokok, tetapi tanpa asap rokok. Tumpuan telah diberikan dalam dua cara untuk mencapai matlamat ini, di mana kedua-duanya adalah untuk menghapuskan pembakaran tembakau. Antaranya adalah untuk memanaskan tembakau supaya ia dibuat dengan yang penuh rasa yang mengurangkan kadar bahan kimia berbahaya di dalam wap tersebut.

Contohnya, IQOS yang mengunakan teknologi Heat-Not-Burn boleh memanaskan tembakau yang disediakan tanpa pembakaran, api, abu, atau asap. Proses ini menghasilkan wap mengandungi nikotin berperisa, yang membebaskan rasa sebenar tembakau dipanaskan. Tahap bahan kimia yang memudaratkan dapat dikurangkan dengan ketara berbanding asap rokok kerana tidak melibatkan proses pembakaran.

Inilah yang menjadikan IQOS produk bebas asap rokok sangat menarik kepada perokok yang sudah pun membuat pertukaran kepada produk serba baharu ini. Selain produk tembakau yang dipanaskan terdapat altenatif lain iaitu rokok elektronik (vape) yang boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan kepada rokok yang berasaskan tembakau. Amalan ini berkemungkinan lebih kurang memudaratkan daripada merokok secara biasanya,


Pengalaman menghentikan penggunaan tembakau. 

Berdasarkan pengalaman seorang jiran yang ingin berhenti merokok. Agar sukar juga untuk berhenti sebenarnya tapi memikirkan anak-anak yang masih kecil beliau tekad untuk berhenti merokok. Pada peringkat awal cubaan berhenti merokok, beliau merahsiakan tindakannya itu daripada pengetahuan ramai terutama keluarga dan hanya mendedahkannya selepas 100 hari. Beliau mengakui tempoh awal cubaan berhenti merokok bukanlah mudah. Sepanjang tempoh itu beliau berkata, dia mudah marah. Dia mula mengambil makanan untuk menghilangkan ketagihan. Oleh itu, untuk perokok tegar yang enggan berhenti merokok bolehlah cuba mengunakan alternatif bebas asap rokok untuk mengurangkan kemudaratan.

Sumber rujukan :

  1. https://www.pmiscience.com/whats-new/nicotine-without-burning-tobacco
  2. https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/berhenti-merokok/kesan-berhenti-merokok
  3. https://www.youtube.com/watch?v=0pgx1cZuqiE
  4. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/408428/kkm-cadang-kurangkan-nikotin-dalam-rokok

  Heated Tobacco Product

9 comments:

  1. semoga dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok

    ReplyDelete
  2. merokok mmg bahaya, sebab tu kena berhenti merokok.

    ReplyDelete
  3. makin dikata berbahaya, makin ramai orang hisap rokok. Pokok pangkalnya kena ada keinginan diri utk berhenti kan

    ReplyDelete
  4. Tanya hati sampai hbila nak merokok. Duit habis, penyakit dapar. Semoga mereka² sedar akan keburukan merokok

    ReplyDelete
  5. Sejak pakai facemask ni, kurang sikit bau asap rokok.. lega

    ReplyDelete
  6. Abg iza susah nk stop. Xtau dia ada cuba cara ni ke x.

    ReplyDelete
  7. Dah banyak vape sekarang. Da boleh bertukar hee. Husben fa pon da jadi vaper

    ReplyDelete
  8. Memang susah tu, kalo perokok tegar nak berhenti ... bagus kali ada alternatif...

    ReplyDelete
  9. Nak berhenti merokok mmg kne ada azam yg kuat

    ReplyDelete