Breaking News

Sinopsis Drama Kau Cipta Kasih

Drama ini mengisahkan tentang empat orang adik beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Mereka menjadi mangsa kezaliman kerana keluarga yang pincang dan sering dihina.

Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.

Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.

Ramlah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!

Hasnah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri.

Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Lakonan hebat : Nazim Othman sebagai Afiq, Uyaina Arshad sebagai Khadijah, Fify Azmi sebagai Ramlah, Nafiz Muaz, Amanda Amry sebagai Hasnah, Sherie Merlis, Nynaa Harizal sebagai Nelly, Ikhram Juhari sebagai Haris, Marissa Yasmin, Mustapha Kamal

Baca juga : Sinopsis Drama Shakira

1 comment:

  1. ada tertengok cerita ni sikit tapi tak berapa minat nak follow. nmpk menarik tapi saya kureng sikit citer melayu yg byk main dengan emosi..hehe. sis suka drama lawak2..

    ReplyDelete