Breaking News

PROGRAM HOS KOMUNITI DI DAERAH HULU SELANGOR TAWAR AKTIVITI BERBEZA!

 Lakukan Aktiviti Menarik di Sungai Selangor bersama Hos Komuniti Selangor!

Daerah Hulu Selangor merupakan Daerah yang sememangnya kaya dengan tarikan alam semulajadi. Program Hos Komuniti Selangor di Daerah ini menawarkan aktiviti yang akan mendekatkan anda dengan alam semulajadi yang tidak boleh didapati di ibu kota. Antara tarikan di sini termasuk Sungai Selangor yang merupakan sungai yang bermula dari Empangan Pertak dan berakhir di Daerah Kuala Selangor. Teruskan membaca untuk mengetahui senarai aktiviti Hos Komuniti yang terdapat di sini!

1) Lakukan Aktiviti ‘tubing’

Luangkan masa anda dan lakukan aktiviti yang sangat mengujakan ini! Terapungkan diri anda di atas tiub di sepanjang Sungai Selangor yang tentunya menyeronokkan sambil menikmati keunikan dan keindahan sekitar. 

2) Pelajari Cara Melampan Biji Timah

Melampan atau mendulang biji timah merupakan kaedah tradisional yang digunakan untuk mengestrak biji timah. Aktiviti perlombongan biji timah merupakan antara aktiviti ekonomi terawal yang dijalankan di Negeri Selangor. Jadi, ini merupakan peluang yang sangat menarik untuk anda ketahui sejarah lampau dan cara melampan biji timah! 

3) Mengutip Siput Belitung dan Menjala Ikan

Ada lagi yang lebih menarik menanti anda di sini iaitu aktiviti mengutip siput belitung di sepanjang Sungai Selangor. Selain itu, ada juga boleh menjala ikan di sini, dan ianya turut ditawarkan dalam Program Hos Komuniti!

4) Berkelah di Tepian Sungai Selangor!

Berkelah sebentar di tepian Sungai Selangor sambil menikmati juadah ringan yang disediakan merupakan cara terbaik untuk mengakhiri pengembaraan separuh hari anda di Daerah ini. Setelah penat beraktiviti, ambil masa seketika untuk berehat sambil menikmati keindahan suasana alam semulajadi!

Pasti anda tidak sabar untuk alami sendiri Program Hos Komuniti yang ada di Daerah Hulu Selangor setelah mengetahui aktiviti yang ditawarkan. Sememangnya aktiviti yang tersenarai di atas memberikan pengalaman yang sangat luar biasa! Jangan lupa juga untuk sertai pengembaraan Program Hos Komuniti di Daerah-daerah di Negeri Selangor bagi mengisi masa hujung minggu anda! Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda boleh membuat tempahan melalui talian 019-329 9760 (Khairunnisak)

Namun, pastikan anda sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka setiap masa di tempat awam dan sesak, serta menggunakan cecair pembasmi kuman secara kerap, demi kesejahteraan bersama.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu. 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : Misi Bantuan Mangsa Banjir Tourism Selangor

2 comments:

  1. Menarik program ni. Banyaak aktiviti yang ditawarkan. Rare!. Satu pengalaman baru kalau dapat buat semua aktiviti ni. Terima kasih share kak Nor.

    ReplyDelete
  2. Menarik program ni. Banyaak aktiviti yang ditawarkan. Rare!. Satu pengalaman baru kalau dapat buat semua aktiviti ni. Terima kasih share kak Nor.

    ReplyDelete