Inginkan Kari Thai Hebat Dalam Masa Singkat? Ayam Brand Memperkenalkan Tiga Pes Kari Thai Tulen, Enak dan Menjimatkan Masa Demi Kemudahan Anda
Anda ingin menikmati kari Thai yang sedap tetapi tidak mempunyai ramuan yang mencukupi, masa dan kesabaran untuk menyukat dan menyediakan hidangan itu untuk diri dan keluarga kecil anda? Kami faham perasaan anda!
Ayam Brand™ mampu menyelesaikan masalah anda dengan memperkenalkan tiga pes kari Thai tulen yang enak dan menjimatkan masa. Ditawarkan Thai Green Curry Paste (Pes Kari Hijau Thai) yang ikonik; Thai Red Curry Paste (Pes Kari Merah Thai) yang digemari ramai dan Thai Yellow Curry Paste (Pes Kari Kuning Thai) yang kurang pedas dan mesra kanak-kanak. Dihasilkan di Thailand, setiap pes kari menggunakan ramuan tempatan yang memenuhi resipi tradisi dan diterima ramai. Pes Kari Thai Ayam Brand™ tidak mengandungi bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan dan diiktiraf Halal. Setiap pek didatangkan dengan tiga pek kecil pes kari seberat 50gm, yang mana setiap pek kecil cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Setiap pek adalah kecil, ringan dan fleksibel, memastikan pes kekal segar sementara anda menentukan tahap kepekatan atau tahap rasa karya kulinari anda.
Pengenalan Pes Kari Thai Ayam Brand™ adalah amat bertepatan masa dan dialu-alukan kerana kebanyakan kita kini kembali ke pejabat, universiti dan sekolah, menjadikan masa lebih terhad untuk menyediakan hidangan bagi diri dan insan tersayang.
Menariknya, penglibatan tenaga kerja wanita telah meningkat sebanyak 55.4% pada tahun 2021 berbanding 46.8% pada 2010. Sebahagian besar kerja-kerja memasak untuk keluarga masih disempurnakan oleh golongan wanita. Oleh itu, pes kari yang mampu menjimatkan masa dan pada masa yang sama, enak, merupakan tambahan sempurna dalam kotak alatan Superwoman anda.
Pes kari baharu ini sesuai digandingkan dengan Santan Ayam Brand™, memberikan rasa hebat berkrim, aroma yang menambat selera dan mempunyai manfaat kesihatan santan dalam pek mudah.
Diperah dengan keadaan bersih daripada kelapa terpilih, kemudian dibungkus dalam pek menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT), Santan Ayam Brand™ menyingkirkan kerja-kerja mengagak ketika memasak menggunakan santan.
Untuk kari Thai yang hebat, anda boleh memilih untuk menggunakan Ayam Brand™ Classic Coconut Milk (Santan Klasik Ayam Brand™) atau Ayam Brand Coconut Milk Trim (Santan Trim Ayam Brand™) dengan kandungan 45% rendah lemak.
Di bawah beberapa resipi segera ketika anda terasa ingin menikmati kari Thai lazat dengan cepat:
Kari Hijau Ayam Thai
Apabila digandingkan dengan ayam atau udang, hidangan kari hijau Thai adalah satu hidangan kegemaran ramai, terutamanya apabila disajikan bersama nasi panas pada cuaca yang sejuk atau ketika hujan. Kesegaran rasa daun selasih, ketumbar dan limau purut bersama kepedasan cili hijau menjadikan kari ini satu hidangan yang amat menyelerakan.
Pes Kari Thai Ayam Brand™ membolehkan anda menyediakan kari berkualiti setaraf dengan masakan restoran dalam masa 20 hingga 25 minit.
Caranya:
- Dalam pan, panaskan minyak dan tumis
satu pek kecil (50gm) Pes Kari Hijau Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga
harum.
- Kemudian, masukkan 200gm potongan dada atau paha
ayam dan gaul dan masak sehingga lembut.
- Tambahkan Santan Klasik Ayam Brand™. Biarkan
mendidih dan sesudah mendidih, kecilkan api. Biarkan ia selama 5 minit.
- Masukkan terung yang telah dipotong dan lobak
merah yang dihiris halus. Masak sehingga sayuran lembut.
- Untuk hidangan yang lebih wangi dan pedas, hiaskan dengan daun limau purut, cili merah yang dihiris dan serai.
Hidangan Thai-riffic ini bukan sahaja enak tetapi juga menampilkan rasa yang seimbang dan amat mudah disediakan. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.
Kari Merah Daging
Thai
Pes Kari Merah adalah lebih menyerlah dan merupakan gandingan sempurna bersama daging seperti daging lembu, bebiri dan kambing. Kari Merah Daging Thai adalah hidangan paling kerap dipesan oleh kebanyakan daripada kita, namun ia sebenarnya mudah disediakan di rumah.
Ikuti resipi mudah ini:
- Panaskan minyak masak dan tumis satu pek kecil
(50gm) Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga harum.
- Masukkan 200gm daging yang telah dipotong dadu
dan goreng sehingga lembut dan digaul sebati dengan pes kari.
- Tambahkan Santan
Klasik Ayam Brand™, biarkan
ia mendidih, sesudah mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 5 minit.
- Masukkan 50gm daun kobis
yang telah dihiris halus dan gaul sehingga ia lembut mengikut kesukaan
anda.
- Hiaskan hidangan dengan daun limau purut, cili merah dan serai.
Sajian daging bersama kobis rangup dan kuah berkrim ini amat sesuai dengan nasi serta pasta! Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.
Kari Kuning Ayam
& Lobak Merah Thai
Bagi kanak-kanak dan golongan dewasa yang tidak menggemari hidangan pedas, cubalah menyediakan Kari Kuning Ayam & Lobak Merah yang enak ini.
- Panaskan minyak masak dalam pan dan tumis satu
pek kecil (50gm) Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ selama 30 saat sehingga
harum.
- Masukkan 200gm potongan dada atau paha ayam
dan goreng sehingga daging lembut.
- Gaulkan bersama Santan Klasik Ayam Brand™.
- Biarkan mendidih, sesudah mendidih, kecilkan
api dan biarkan selama 5 minit.
- Kemudian, masukkan lobak merah dan kacang
panjang yang telah dipotong serta tomato ceri dan gaul sehingga lembut.
- Hiaskan hidangan dengan daun ketumbar yang dipotong kasar sebelum dihidangkan.
Kari Kuning Ayam & Lobak Merah Thai ini adalah satu hidangan enak dan seimbang. Sesuai untuk 2 hingga 3 orang.
Lebih 240 ahli Malaysian Home Testers Club telah mencuba Pes Kari Hijau Thai Ayam Brand™, Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Thai Ayam Brand™ dan memberikan rating kelulusan yang memberangsangkan. Malah 99% daripada mereka berpandangan positif bahawa mereka akan membeli pes-pes kari Thai tersebut selepas menguji dengan memasaknya.
Apakah hidangan lain yang boleh anda masak menggunakan Pes Kari Thai Ayam Brand™? Kami telah menyediakan spiral pasta organik kari hijau Thai menggunakan air fryer. Hasilnya amat sedap, rangup dan pedas.
Cubalah kemudahan dan cita rasa tulen yang disediakan oleh Pes Kari Hijau Ayam Brand™; Pes Kari Merah Thai Ayam Brand™ dan Pes Kari Kuning Ayam Brand™. Dijual pada harga RM7.50 setiap pek yang mengandungi 3 pek kecil (50gm setiap satu). Boleh didapati di rangkaian pasar raya Giant, AEON, AEON Big, Jaya Grocer, Village Grocer, B.I.G, HERO Market dan banyak lagi.
Kongsikan karya kulinari anda bersama Ayam Brand™ menggunakan tanda pagar #AyamBrandCurryPaste atau #AyamBrandPesKari untuk dipaparkan di laman sosial Ayam Brand™. Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my .
Baca juga : Kempen Komuniti Penyanyang Ayam Brand
betul. pes segera macam ni mudahkan keja wanita-wanita yang bekerja untuk masak. nnti nak cuba juga masak guna pes ni. nampak sedap tengok gambar tu..
ReplyDelete