Breaking News

TOURISM SELANGOR SERTAI KUALA LUMPUR PHOTOGRAPHY FESTIVAL (KLPF) 2021

Penyertaan ke KLPF 2021 Seiring dengan Inisiatif Promosi Kempen Pusing Selangor Dulu dan Pelancongan dalam Norma Baharu

Tourism Selangor sertai Pameran Fotografi tahunan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, khususnya penggemar fotografi menerusi Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) 2021 yang diadakan bermula 10 sehingga 13 Disember ini di Viva Shopping Mall.

 

Inisiatif ini merupakan salah satu aktiviti promosi pelancongan domestik di Negeri Selangor disamping merancakkan kembali industri pelancongan dalam era norma baharu sepanjang tahun 2021. Pihak Tourism Selangor sekali lagi bekerjasama bersama pihak penganjur, PCP Publication pada tahun ini sebagai meneruskan penglibatan dalam Pameran yang sama pada tahun 2019.

Selain itu, pihak Tourism Selangor turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Kuala Langat dalam KLPF 2021 bagi memperkenalkan produk pelancongan setempat kepada masyarakat tempatan kepada para jurugambar.

Satu lawatan FAM Trip juga telah dijalankan melibatkan 15 jurugambar professional ke beberapa produk pelancongan di Daerah Kuala Langat pada 6-7 November lalu.Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada jurugambar tentang tempat-tempat menarik bagi tujuan fotografi di sekitar Daerah ini. Seleksi gambar yang dihasilkan menerusi lawatan init urut dijadikan sebagai bahan pameran di KLPF 2021.

Disamping itu, inisiatif inij uga mampu mempromosikan destinasi – destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor. Lawatan ini adalah kesinambungan kepada penganjuran lawatan FAM Trip ke Daerah Sepang bersempena penganjuran KLPF pada tahun 2019, yang disokong oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang bagi mempromosikan Tahun Melawat Sepang 2020.

KLPF 2021 kembali pada tahun ini secara fizikal dan atas talian yang merupakan sebuah landasan bagi pihak penganjur untuk memberi peluang kepada para jurugambar professional tempatan bagi mempromosikan destinasi pelancongan Negeri Selangor dalam kalangan jurugambar serta orang awam.

Penyertaan pihak Tourism Selangor dalam KLPF 2021 juga merupakan salah sebuah usaha mempergiat dan membangunkan semula industri pelancongan domestik Negara, khususnya di Negeri Selangor pasca pandemik Covid-19. Orang awam dijemput untuk menyertai KLPF 2021 dan hadir ke booth Tourism Selangor pada 10 hingga 13 Disember ini di Viva Shopping Mall bagimelihat sendiri hasil-hasli fotografi yang menarik, khususnya yang berlatarkan sekitar Daerah Kuala Langat. Orang awam juga boleh layari https://klpf.com.my/  untuk pengalaman singgah ke booth Tourism Selangor secara maya jika tidak berkesempatan ke lokasi Pameran.

Untuk informasi lanjut, layari laman seswang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel atau ikuti laman sosial media Tourism Selangor di Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.

 Baca juga : Tourrism Selangor Global Convention

1 comment: