Breaking News

Betul Ke Simpan Duit USD Dalam Paypal Tak Selamat?


Assalamualaikum..

Baru-baru ni Cik Nor ada terbaca kat laman sosial iaitu facebook tentang simpan duit usd banyak dalam akaun paypal tidak selamat. Cik Nor pun rasa cuak jugak la sebab paypal adalah akaun untuk duit jawab survey Cik Nor. Kalau tak selamat duit dok dalam tu memang rugi besarlah Cik Nor, Bukan sikit duit jawab survey tu tambah pulak kat ada sponsored post kat blog bayaran upah masuk paypal juga,

Apa yang Cik Nor baca tu, duit yang kena sekat kat paypal tu puluh-puluh ribu usd bukan sikit-sikit macam Cik Nor ni. Dalam takut-takur nak letak duit dalam akaun paypal ni, tetap jugalah tawakal supaya simpanan dalam tu capai 100 usd sebab tak nak kena cas bila withdraw nanti.

Alhamdulillah berkat tawakal dan percaya rezeki Allah tu sentiasa ada, Cik Nor berjaya kumpul sehingga 100 usd. Bila withdraw, lancar jer masuk akaun bank tanpa ada sekatan dari paypal. Masa akaun dah capai 100 usd tu cepat-cepat withdraw takut apa-apa jadi kat duit dalam tu. Bukan sikit duit usd tu kalau dah convert dalam Ringgit Malaysia.

Betul lah kata orang rezeki tak salah alamat. Kalau kita rajin berusaha, pasti ada rezeki yang kita akan dapat. Bila tak ada pekerjaan tetap dapat jawab survey dan bayaran dalam usd memang rasa dapat gaji puluh-puluh ribu dah.haha

Panjang pulak Cik Nor bebal kali ini. Jumpa dilain entry ya.

5 comments:

  1. Macam syu, syu biar jer duit dalam paypal tu. saja buat experiment. alhamdulillah, ada peningkatan dari segi kadar tukaran wang asing.

    ReplyDelete
  2. Banyak gak tu dapat drpd jawab survey, tahniah!

    ReplyDelete
  3. duit dlm paypal tu x byk sbb x ada survey utk dijwb. huhuhu

    ReplyDelete
  4. CR ada acc paypal tp xde duit dlm tu ag sbb baru buat. hehe

    ReplyDelete
  5. oo yea ke, tak tahu pula pasal ni cik nor. Jarang dapat job yang payment bayar thru paypal.

    ReplyDelete