Breaking News

Performance On Google Search For October 2021


Assalamualaikum..

Alahai Cik Nor ni, dah nak habis tahun 2021 baru teringat nak updates performance untuk bulan Oktober. Biasalah penyakit M dah melanda, nak tulis blog pun macam tak lalu jer. Haha. Time rajin tu rasa macam setiap jam nak menulis jer. Kan ada orang kata gila buat entry lah pulak. Cukup la 1 entry sehari. Itu pun bercinta tau nak tulis. Tulis surat cinta pun tak susah macam ni. Cewahh..

Seperti biasalah performance hujung tahun ni tak sehebat awal tahun. Awal tahun memang kebaboom. Buka blog pun rasa teruju nak menulis. Sekarang buka blog pun rasa down nak menulis. Tambah sejak ketiadaan adsense makin terasa malas.haha. Alasan semata-mata, padahal tak pernah dapat income dari adsense tu. Tak payah nak berdrama sangat la. 

Untuk bulan ni cariannya tetap sama, masih lagi tentang percutian. Keyword nya mesti lah pantai cantik dan juga lata untuk berkelah. Yelah lah masing-masing masih lagi dalam mood percutian. Kan dah 2 tahun terpenjara di rumah sendiri. hihi. Bagi Cik Nor cuti-cuti tak penting sangat, yang penting Malaysia bebas C19. Tak nak dah scan mysejahtera, tak nak pakai mask, nak nak bawak hand sanitiser, nak bebas macam zaman sebelum C19.  Setiap hari Cik Nor doa moga Allah lenyapkan C19 dari muka bumi ini..aamiin.

Kat blog korang setiap bulan orang cari apa yer? Sama macam Cik Nor juga ke? Meh la kongsi dengan Cik Nor. Jumpa lagi di entry akan datang.

3 comments:

  1. wahh kita tak penah explore performance blog kita.hahahh,alamak blog kita yg fieda0102 tu,tp bila komen kuar email baru plak.

    ReplyDelete
  2. Mood tengah bercuti tu naiklah keyword percutian. Hidup seorang blogger, ada turun naik moodnya. Time rajin tu memang macam macam entry nak up. Hihi..apapun tahniah kak nor. Keep on blogging :)

    ReplyDelete