Langkah Persediaan Sebelum, Semasa dan Selepas Banjir
Assalamualaikum..
Negara kita baru sahaja menerima berita sedih dimana banjir besar telah berlaku di Negeri Selangor. Hampir keseluruhan tempat terjejas dek banjir. Ramai yang terperangkap dan lewat menerima bantuan dari pihak berwajib. Keadaan begitu amat menakutkan sekiranya kita menerima bantuan dan tiada sesiapa mengetahui kedudukan tempat tinggal kita.
Apa kata korang ikut langkah persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir ini. Semoga bermanfaat untuk korang semua dimasa akan datang.
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
- 1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda
- 2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,sosial media & online,televisyen dan bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- 3. Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis.Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak msauk melaluinya.
- 4. Pastikan di mana Pusat permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- 5. Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya
- 6. Pastikan seluruh keluarga tahu cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
- 7. Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keaadan baik.
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
- 1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
- 2. Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
- 3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama didalam bekas kalis air
- 4. Bersedia untuk menutup suis elektrik,injap utama bekalan air dan gas.
- 5. Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
- 1. Apabila menerima arahan,segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
- 2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
- 3. Ikut laluan yang di tentukan,laluan lain mungkin terhalang banjir
SELEPAS BANJIR
- 1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- 2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- 3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
- Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR-SEMASA MEMASUKI BANGUNAN/KEDIAMAN
- 1. Pakai kasut.
- 2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
- 3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
- 4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR –PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
- 1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- 2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
- 3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- 4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- 5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam
- tin.
- 6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- 7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Baca juga : Misi Kemanusiaan Banjir Ke Hulu Kelantan
Infographic yang berguna. Bagus dikongsikan.
ReplyDeletegood sharing Cik Nor..
ReplyDelete