Breaking News

Langkah Awal Penjagaan Mata Anak Untuk Mengelak Mata Rosak Akibat Gajet

Anak-anak zaman sekarang banyak terdedah kepada teknologi seperti telefon pintar, tablet dan komputer riba. Memang tidak dinafikan  kesemua teknologi ini penting dalam kehidupan seharian mereka. Sejak wabak Covid19 melanda negara, anak-anak menjalani pembelajaran mereka dirumah sambil ditemani teknologi ini supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR) telah mendorong anak-anak untuk bijak menggunakan teknologi zaman sekarang.

kredit : akifimtiyaz.com

Apa yang menjadi kembimbangan sekarang, penggunaan gajet lebih kurang 3 jam sehari boleh mengakibatkan kerosakan mata kepada anak-anak kita. Itu tidak termasuk lagi penggunaan untuk diri sendiri seperti bermain permainan dalam telefon atau melayari laman web untuk mencari maklumat yang diperlukan oleh guru semasa PdPr.  Bila penggunaan gajet melebihi 3 jam sehari banyak risiko yang perlu ibubapa tahu. 

Apa Akan Jadi Pada Mata Anak Bila Terlebih Menggunakan Gajet?

1. Peningkatan kuasa pada spek

Anak yang sebelum ini tidak memakai spek akan mula memakai spek bila terdedah terlalu lama kepada gajet. Dari kuasa yang rendah sehingga bertambah kepada kuasa yang lebih tinggi. Pengembangan saraf mata berlaku dan boleh menyebabkan mata menjadi koyak.  Seandainya sraf belakang mata terkoyak mata anak anda boleh menjadi buta.

2. Otot fokus mata menjadi tidak stabil

Anda boleh bayangkan mata kita seperti kamera, bila terlalu lama atau kerap di gunakan ia akan menjadi hilang fokus dan seterusnya kabur.  Bila ini terjadi otot mata kita akan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sediakala semula.

3. Mata cepat penat

Bila kita terlalu fokus dan mata terarah ke satu tempat dalam jangka masa yang lama, mata akan cepat penat. Mata juga memerlukan rehat yang cukup supaya tidak hilang fokus bila melakukan aktiviti lain.

kredit : akifimtiyaz.com

4. Juling

Inilah perkara yang kita tidak mahu berlaku pada anak kita. Tetapi jikalau jika membiarkan mereka tertedah kepada gajet yang tempoh masa yang lama, anak kita akan alami masalah ini. Mesti semua ibu bapa tidak mahu ini terjadi kepada anak-anak mereka. Tempoh yang agak lama diperlukan untuk menyembuhkan dan mata kembali sihat seperti sediakala.

4. Susah tidur (insomia)

Anak-anak kalau tidak dipantau sebelum mereka tidur, mereka akan tetap mengunakan gajet walaupun mereka tahu masa tidur mereka telah tiba. Penggunaan gajet harus dihentikan 1 jam sebelum tidur kerana cahaya biru dari telefon pintar akan mengganggu penghasilan hormon yang menyebakan mereka susah untuk tidur.

Cara untuk menghindari anak-anak dari terlalu mengadap gajet

kredit : akifimtiyaz.com

1. Berehat seketika

Biasanya bila Pdpr bermula guru-guru akan mengajar mengikut jadual seperti dalam kelas biasa. Untuk mengelakkan mata anak anda terlalu terdedah kepada gajet terlalu lama, biasa mereka rehat sebentar diluar rumah sambil menikmati pemandangan hijau.

kredit : akifimtiyaz.com

2. Buat aktiviti diluar rumah

Anak-anak kalau tiada apa aktiviti diwaktu petang, mereka akan asyik mengadap gajet. Apakata kalau kita perkenalkan mereka dengan permainan kita zaman kecil dahulu. Tidaklah mereka asyik mengadap gajet yang boleh memudaratkan mata mereka.

kredit : akifimtiyaz.com

3. Kanta khas untuk gajet

Kita sendiri kalau terlalu lama mengadap gajet mata akan terasa sakit. Ini pula mata anak-anak yang masih baru dan memerlukan penjagaan rapi. Untuk anak-anak guna gajet kita seharusnya menggunakan kanta khas supaya tidak terlalu terdedah kepada cahaya gajet.

kredit : akifimtiyaz.com

4. Menggunakan kanta penapis berwarna biru

Penggunaan kanta penapis berwarna biru ini amat digalakkan bagi mereka yang mempunyai anak. Ini untuk mengelakkan supaya mata anak kita tidak terlalu terdedah kepada cahaya gajet yang boleh merosakkan mata. 

Apa patut kita buat bila mata anak bermasalah?

Kita sebagai ibu bapa seharusnya mengambil berat tehadap perubahan yang berlaku pada anak-anak kita terutama sekali yang masih bersekolah. Perubahan ini mungkin boleh menyebabkan kemerosotan prestasi pembelajaran mereka. Untuk mengelakkan ini berlaku, cepat-cepat lah kita membuat pemeriksaan agar sesuatu yang buruk tidak berlaku.

Bahagian mata yang paling penting untuk dititik beratkan kerana mata penting untuk kehidupan seharian mereka. Pemeriksaan awal mata boleh mencegah sesuatu yang buruk berlaku.  Kita hendaklah sentiasa memantau penggunaan gajet dan memberi lebih perhatian semasa mereka bersendirian didalam bilik supaya mereka tidak berlebihan menggunakan gajet.


Seandainya korang ada masa terluang dan berminat untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Doktor Mohd Hafidz Ithnin pada 11.12.2021, bolehlah menghubungi Optom Eyecare Bandar Baru Bangi ditalian 011-11479093 untuk maklumat lanjut.

Bagi korang yang baru kenal Optom Eyecare Bangi ini, mereka ada memperkenalkan satu perkhidmatan baru untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini atau perkhidmatan lain yang disediakan oleh Optom Eyecare Bangi, jangan lupa layari :

Website : https://optom.com.my/

Instagram : www.instagram.com/optombangi


atau boleh walk in terus di kedai mereka di alamat tertera;

Optom Eyecare Bangi
No.37, Jalan 8/1, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi)

3 comments:

  1. Itulah bebudak sekarang memang melekat je dengan gadjet..

    ReplyDelete
  2. Seiring dengan peredaran zaman, tak nak bagi pegang gajet pun x boleh, pembelajaran banyak dekat gajet skrg ni...so, kena pandai lah had kan penggunaan gajet dan paling terbaik belikan kanta penapis warna biru (blue ray)..tq sharing..

    ReplyDelete