Breaking News

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR TOURISM SELANGOR; #TOURISMSELANGORCARES

Pihak Tourism Selangor Salur Bantuan Kepada Mereka yang Terkesan Akibat Bencana Banjir di Negeri Selangor

Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.

Seramai 20 orang kakitangan Tourism Selangor telah mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir di Daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini. Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas. Selain itu, pihak Tourism Selangor turutberkolaborasi dengan pihak Aliments dan telah mengagihkan 500 pek makanandaripada pek makanan ‘Kejap’kepada mangsa banjir di Daerah Hulu Langat yang merangkumi kawasan Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.

Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata; “Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulanbencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat”.

Pihak Tourism Selangor ingin menasihati orang ramai agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan. Selain itu, Tourism Selangor menyarankan semua pihak agar terus peka terhadap aspek keselamatan dan mengamalkan panduan keselamatan ketika banjir. Kami di Tourism Selangor mendoakan kesejahteraan kepada semua pihak yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Untuk informasi lanjut tentang produk dan tarikan pelancongan Negeri Selangor serta Kempen Pusing Selangor Dulu; layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di www.selangor.travel.


Baca juga : Tourism Selangor Wins' Destination Of The Year

6 comments:

  1. bagus ni membantu mangsa2 banjir yg sdg ditimpa musibah. Sedikit sebanyak dpt meringankan beban mrka..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan.. aminn

    ReplyDelete
  3. semoga di permudahkn urusan .besar pahala membantu orang yang ditimpa musibah.bila keadaan banjir ni berlaku,..penting untuk kite tahu ape perlu buat kalau rumah kite di landa banjir..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, usaha yang baik dari pihak TS

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah terbaik.. bantu membantu sesama sendiri

    ReplyDelete