Breaking News

Selamat Tinggal E72, Selamat Datang Nova 2 Lite

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum...

Korang kalau yang dah baca entry Cik Nor yang ni : Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung Cik Nor ada tulis pasal ada satu agenda Cik Nor ke Kota Bharu. Lepas jumpa kawan Cik Nor yang datang Kelantan tu, Cik Nor terus ke KB Mall untuk survey telefon baru. Survey ke beli terus?hehe. Mula-mula tu ingat nak survey tapi dah alang-alang pergi tempat orang jual bermacam jenama telefon terus la grab.

Cik Nor tukar telefon ni bersebab. Telefon Nokia E72 tu lama sangat dah Cik Nor guna. Sayang sangat nak tukar yang baru. Walaupun badan dia dah banyak tercabut sana sini tapi dia tetap berfungsi dengan baik. Kalau tak silap Cik Nor guna telefon ni tahun 2009 macam tu la. Cik Nor bukan beli baru tapi beli yang third hand dari adik Cik Nor. Telefon ni memang lasak tau, jatuh macam mana pun tetap selamat untuk digunakan.

Oleh kerana telefon ni dah tak ada keluaranya maka untuk mencari baterinya agak sukar jugak la. Cik Nor ada juga survuy kat Lazada tapi Cik Nor jenis tak suka beli barang yang kena test bukan depan mata kita. Sebolehnya Cik Nor beli dikedai dan tuan kedai tu test, bateri tu ok dan padan dengan telefon Cik Nor. Dah puas survey kedai-kedai dalam Kota Bharu ni tetap jugak tak jumpa. Bertahan jugak la juga walaupun bila orang call terus kena sambung ke charger. hehe. Kalau Cik Nor kat luar jarang Cik Nor jawab panggilan sebab dah tahu telefon akan mati sebab bateri dia dah kong sangat.

sumber gambar dari google.

Fikir punya fikir grab la Nova ni. Bukan apa, kadang-kadang pergi event naik segan pulak ambik gambar guna tab yang besar gedabak tu. Lagi pun tab tu dah lama jugak la guna. Banyak jugak ragamnya. Pernah satu malam balik dari event, esok nya ada satu lagi event boleh pulak dia buat hal. Tiba-tiba tak nak connect ke skrin. Stuck kat samsung. Memang gelabah giler masa tu. Nak menangis pun ada jugak. Tapi tenangkan hati, try baiki sendiri sebab dah tahu apa masalah dia. Alhamdulillah..dia hidup semula.

Minggu lepas dia buat hal lagi, stuck kat logo Samsung jugak. Bila baiki ok balik. Sebelum dia KO untuk selama-lamanya baik Cik Nor ready dengan telefon yang baru. Bukan nak menunjuk tapi nak cerita kat korang betapa sayangnya Cik Nor nak tukar telefon kalau tak rosak. Old fesyen pun tak apa janji duit tak keluar. Kalau dah rosak tak boleh nak baiki terpaksa la cari yang baru jugak. huhu. Cik Nor beli yang mur-mur jer. Nak beli yang bawah RM500 tak ada..huwaa.

Korang kalau beli telefon, suka tukar-tukar atau dah rosak baru tukar?

19 comments:

  1. Mrs. A sama macam cik Nor kot dah rosak baru tukar sebab sayaanggggkan...

    ReplyDelete
  2. kite pon pkai fon tu dulu laaa..sebab fon tu xoke bru tuka fon lain..sekarang harga pasaran bpe cik nor nova 2 ?

    ReplyDelete
  3. Wah.. bagus cik nor.. bertahan selagi boleh..

    ReplyDelete
  4. wah..sama geng la kita..geng huawei..no worry cik nor, hp ni mmg okey punya..trust me..dah setahun guna..takat ni tak ada masalah...gerenti...

    ReplyDelete
  5. 10 thn cik nor guna hp tu? lama sgt tu. out of date pun. Abe kie tukar hp setiap PRU..

    ReplyDelete
  6. lama tu pakai smpi 10 thn... sy tkr phone setiap 3 thn...x tau kenapa 3 thn... alhamdulillah telefon ok je x de masalah pun

    ReplyDelete
  7. eee jelesnyaa....kita pun nak henpon baru jugak cik nor! skang pakai samsung, duk hang banyak kali...gerammm tau

    ReplyDelete
  8. kita tunggu rosak..takde duit nak tukar saja2..hahaaa..

    ReplyDelete
  9. waaa comey lerrr gambor dio pasni. mek akan beli iphone bila hrga dia jatuh. hahahahahhahahahaha. caping adalah tk lbih rm1300

    ReplyDelete
  10. Cantiknya.. Terminat kat satu phone tu, tapi sayang duit plak. Yang ada ni pun masih elok. :)

    ReplyDelete
  11. saya beli berdasarkan keperluan..

    jika yang lama tak mampu lagi untuk urusan kerja terpaksalah kena tinggal..

    sayang macam manapun kerana kerja

    ReplyDelete
  12. Repair pun kadang2 makan beratus2.. beli baru je cik nor.. best henpon tuuu..

    ReplyDelete
  13. Diah selalu pergi Celcom Blue Cube kalau cari telefon sebab harga oakej dia jimat

    ReplyDelete
  14. Saya memang minat Huawei ni. Dulu pakai p8 lite, dah 4 tahun still okay lagi. Ringan, tahan, semua best lah..

    ReplyDelete