Breaking News

Tragedi Sebelum CNY



Assalamualaikum..

Mesti korang tertanya-tanya mana Cik Nor menghilang sebab hampir seminggu Cik Nor tak updates blog. Nak kata cuti CNY tak mungkin la. Memang cuti panjang jugak la sempena CNY. Panjngn ke 5 hari..hehe. Biasa Cik Nor buat entry auto publish kalau cuti panjang macm tu. Tapi ada sesuatu yang membuatkan Cik Nor tak ada mood untuk menulis entry auto publish. Apakah itu? Jom baca...

Seminggu sebelum CNY Cik Nor dilanda demam selsema. Tak tahu dari mana punca tiba-tiba sahaja rasa tak sihat. Balik kerja cuma telan penadol supaya esoknya dapat pergi kerja.  Hari yang tiba-tiab rasa tak sihat tu nasib dah hari rabu. Kira 2 malam jugak la dok telan penadol. Demam tu rasa dah kurang tapi tekak macam perit macam nak selsema dan bersinnya kemain lagi.

Hari khamis balik kampung dan masuk bandar Machang singgah beli ubat selsema. Habis satu papan telan ubat  selsema...alhamdulillah demam dan selsema beransur hilang. Ingat sampai kat situ sahaja sakitnya. Datang pulak batuknya. Aduii..betul lah kata orang sakit itu penghapus dosa. Batuk pulak menyinggah. Kemain kuat pulak tu batuk sampai tak lena tidur malam. 

Kebetulan hari khamis Cik Nor ambik cuti tahunan, dapatlah pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan. Masa jumpa MA tu, dia cakap paru-paru Cik Nor kering macam tak cukup air. Memang Cik Nor dah jangka masa demam tempoh hari Cik Nor jarang sangat ke tandas. Lepas bila buat kerja sikit rasa mengah jer. MA tu pesan srh minum air lebih dari biasa. huhu. Bertabahlah Cik Nor bila minum air lebih mesti kerap ke tandas. huhu.

Doakan Cik Nor cepat sembuh supaya dapat blogwalking kat blog korang semua.

9 comments:

  1. ooo...kalo paru2 kering, tak cukup air, boleh jadi batuk ek..huhuhu...risonye sebab kita pun jenis malas minum air...dan jenis batuk berpanjangan...banyak2 minum air ya cik nor..moga cepat sembuh..ameen

    ReplyDelete
  2. Semoga kesihatan cik nor kembali pulih spt sediakala...

    ReplyDelete
  3. skrg pulak cuaca tgh panas. jd byk2 laa minum air ya... GWS ya cik nor

    ReplyDelete
  4. semoga cik nor cepat sembuh seperti dia kala

    ReplyDelete
  5. cuaca pun panas.. mmg kene banyak minum air..

    ReplyDelete