Breaking News

Sinopsis Drama Leftenan Zana




Mengisahkan mengenai impian Zana  yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya?

PELAKON : Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail, Sofea Shaheera

11 comments:

  1. tgk sikit je ms 1st epi tu lps tu trs lupa hahaha

    ReplyDelete
  2. tengok. mula mula macam malas layan. pastu dh trtgk dua tiga hahahahhaha terus macam okei gak la

    ReplyDelete
  3. nieyl ngan mak pun layan drama ni...sbb adik beradik lelaki mmg ATM semuanya...

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak tengok tv. Cerita apa ada kat tv pun dah tak tau.

    ReplyDelete
  5. Layan jugak cerita ni. Dah bosan asyik tengok cerita orang kaya je. Sekali sekala layan cerita macam ni syok jugak hehe

    ReplyDelete
  6. Sha tak tengok drama nie.. tak berkesempatan pun..

    ReplyDelete
  7. okey je citer ni, ada gak tengok..tapi sebab heroin dia tu kita kurang minat, so tgk gitu2 je la..klu agak bosan, tukar channel lain..

    ReplyDelete
  8. malam tadi nengok jugak sekejap cerita ni...stress pulak nengok kesusahan zana kat kem tu..hahahha

    ReplyDelete
  9. saya x sempat nak tgk lgi2 duduk asrama xde TV hihihi

    ReplyDelete
  10. Kalau anak dah dapat remote tv, mmg takdak can nak tengok drama lain dah.

    ReplyDelete