Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar | Membersih Sambil Melembapkan Kulit Secara Semulajadi
Assalamualaikum
Anak buah Cik Nor bila dengan sabun Carrie Junior laju jer nak mandi. Tak kiralah masa kecik dulu atau pun masa dah besar sekarang ni. Kalau sabun Carrie Junior dia habis stok dipaksanya mama atau nenek dia untuk cari sampai dapat sabun tu. Alahai anak buah..nasib la sorang jer yang minat sabun ni. Kalau ramai pokai mak ayah dia..hehe. Dah citer pasal sabun Carrie Junior ni, korang tahu tak Carrie Junir dah ada dalam bentuk buku. Jom kita tengok apa yang bestnya sabun buku Carrie Junior ni.
Masa mandi adalah lebih
daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk
mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat
kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan
penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan
fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.
CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam
kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini
memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik
mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul
dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu,
hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.
CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar ini merupakan
sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan
sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai
bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan
lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang
terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly
Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar
terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya
menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE
JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit,
sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama
air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit.
Pastikan kulit anak
anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam
selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental
dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh
badan.
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan
paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy
Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa
segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly
Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang
merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan
vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.
Kini kanak-kanak boleh
menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly
Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR
Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di
seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung
Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.
kalau sha pun seronok ni dengan carrier junior :p
ReplyDeleteBestnya mandi dengan sabun carrie junior.
ReplyDeleteHarum semerbak la jawabnya kan. Hehe
bestnya sabun ni...mesti wangi kannnn
ReplyDeleteMurah berbanding liquid tu, jimat lagi hat ni
ReplyDeleteBrand yg syafi selalu pakai Masa kecit
ReplyDeleteawa suka carrie junior sbb comey n wangi... best!
ReplyDeletejadinya anak-anak suka sangat carrie junior. molek sgt la ada babbly bar x cepat habis... hehe
ReplyDeleteoo..dah ada dalam bentuk seketul camni,ke?ptt tgk meriah org duk share kat wall IG & FB...
ReplyDeleteDah lama tak guna sabun buku. Bau sedap macam masa kecik2 lagi tak?
ReplyDeletesy mmg pakai yg shower foam punya tu. sbb wangi sgt. yg ni boleh laa cuba nnt
ReplyDeletekat rumah ekin ni kucing hok terlebih nak soap bar ni wangi sangat la kut hahahha
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeletedah gun awarnabiru..memng best..
ReplyDelete