Dos Kecil, Cucian Berkuasa Dalam Masa Lebih Singkat dengan 5X Kuasa Cucian Menerusi TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent
Adakah mencuci pakaian menjadi rutin rumah yang paling lama, membuatkan
anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga, kawan-kawan atau
menikmati pengalaman baru?
TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia kini merevolusikan
pengalaman mencuci pakaian apabila membuktikan bahawa cucian penuh kuasa
didatangkan dalam pakej kompak menerusi pengenalan TOP TurboClean Ultra
Concentrated Detergent. Ia mampu memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim
turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi
satu penutup kecil sahaja.
Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan
dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim
Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan
kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian
penuh yang dibasuh dengan mode basuhan ‘Quick Wash’ dapat dibersihkan secara
lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci
konvensional pada kitaran cucian penuh.
Teknologi cucian inovatif ini terdiri daripada satu
formula yang lima kali lebih pekat berbanding pencuci pakaian lain. Ia juga
menghapuskan air yang tidak perlu yang membuatkan kebanyakan cecair pencuci
menjadi lebih cair.
Dengan pilihan kitaran cucian ‘Quick Wash’ yang lebih
singkat tetapi tetap efektif, TOP TurboClean dapat menjimatkan banyak masa,
penggunaan air dan tenaga elektrik. Jadi anda ada lebih banyak masa untuk diluangkan
bersama orang tersayang, menikmati hobi serta “me-time’ dan “self-care” untuk diri sendiri disamping menikmati
gaya hidup yang mesra alam.
Enzim Turbo di dalam TOP Turbo Clean membersih secara
menyeluruh dengan kombinasi Multi-Surfaktan untuk “menyerang” dan melarutkan
kotoran. Muti-enzim pula dapat menembusi jauh ke dalam gentian fabric untuk
menguraikan kotoran manakala Polimer pula membantu mengeluarkan sebum serta
menghalang kotoran daripada terbentuk semula.
Menurut Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn. Bhd., Encik
Leroy Yoon, dengan pengenalan TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang
kompak ini, satu segmen bahan pencuci premium baharu yang berprestasi tinggi
bakal dibentuk. Sasaran utama produk ini adalah pengguna yang menghargai
innovasi terkini yang memudahkan rutin mencuci pakaian serta menambah baik gaya
hidup mereka, selari dengan janji jenama TOP iaitu Innovation for Better Living
“Cecair pencuci ultra pekat masih tidak digunakan secara
meluas di Malaysia. kami percaya bahawa TOP TurboClean akan menjadi antara yang
terawal dalam kategori ini dan bakal diperkenalkan secara meluas di Malaysia.
TOP sememangnya terkenal kerana inovasi termajunya demi memenuhi keperluan
pengguna dan merevolusikan pengalaman mencuci pakaian.
“Detergen
dengan konsentrasi ultra agak sukar didapati di Malaysia, oleh itu kami yakin
TOP Turbo Clean adalah antara yang pertama dalam kategori ini yang akan semakin
dikenali di Malaysia. TOP terkenal dengan innovasi cemerlang untuk memenuhi
kehendak pengguna dalam merevolusikan pengalaman mencuci pakaian. Dengan TOP
TurboClean kami membuktikan bahawa innovasi yang hebat boleh didapati dalam
saiz yang kecil & kompak tetapi dapat menambah baik rutin seharian dan gaya
hidup pengguna secara signifikan. Ia mempunyai pelbagai kelebihan – jimat
separuh masa mencuci, 5X kuasa membersih, jimat ruang, jimat air & elektrik
dan dapat memberikan anda lebih banyak masa terluang untuk hal-hal yang lebih
penting. Kami juga menetapkan harga yang berpatutan dengan kelebihan yang
diberian oleh detergen ini,” kata Encik Leroy.
Satu botol 900g cukup untuk 45 cucian dan dapat
menjimatkan ruang di kawasan mencuci pakaian agar kelihatan lebih tersusun dan
kemas.
“Pencuci
pakaian baharu kami mampu mengubah cara rakyat Malaysia mencuci pakaian,” kata
Leroy. “Kami ingin memberi pengalaman mencuci pakaian yang lebih baik di rumah,
dan kami yakin inovasi ini akan berjaya menarik kelompok pengguna yang lebih
luas – daripada golongan professional yang sentiasa sibuk, keluarga normal
sehinggalah golongan urban yang mencucui pakaian di luar kediaman mereka.”
Rekaan penutup TOP TurboClean yang pintar mengurangkan
risiko tumpahan atau melebihi had yang dicadangkan untuk satu cucian. Bahan
pencuci yang berlebihan boleh menyebabkan buih menjadi banyak seterusnya
memberi kesan kepada pakaian dan mesin basuh. Ia juga mengakibatkan pengguna
tidak dapat memperoleh jumlah cucian yang sepatutnya.
5X kuasa cucian dalam masa yang singkat, saiz botol
TurboClean yang kompak. Selain itu, ia juga mempunyai semua kelebihan pencuci
TOP sedia ada seperti anti-bau hapak, anti-debu hama dan anti sebum sebagai
jaminan kehidupan yang lebih bersih dan sihat.
Ia sesuai untuk mesin basuh cucian atas dan hadapan,
selain boleh digunakan dengan kitaran Quick Wash sekaligus memberikan anda
lebih banyak masa bersama keluarga, rakan-rakan mahupun melakukan aktiviti
kegemaran.
Boleh didapati dalam dua varian, anda boleh
memilih wangian segar Power Fresh
atau bau floral Power Bloom yang
sensasi, ia boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada
harga RM20.15 sebotol. Manakala pek
isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in
Power Fresh mempunyai haruman yang segar dan terkini untuk aroma kebersihan
yang mantap.
TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent in
Power Bloom mempunyai haruman flora yang mendakap anda dalam wangian yang
romantik dan menenangkan.
boleh cuba ni. raso macam tk napok lg di tesco
ReplyDeletemasih setia dgn jenama B hehehe
ReplyDeletesebelum nie top dengan serbuk pencuci, serbuk selalunya tak berapa bersih.. bila dah keluar jenis cecair nie boleh la try..
ReplyDeletekita tak penah cuba brand ni, cik nor...cik nor dh cuba, best tak?okey tak hasil cucian dia...
ReplyDeletenak kena cari dan cuba nie..
ReplyDeleteuish biar betul nak kena cari gak ni
ReplyDeleteOhhh,tak pernah lg guna TOP niii,guna cecair bekas merah tu je
ReplyDeletenice review.. ^^
ReplyDeletebagus yea produk ni
ReplyDeleteTak pernah try jenama ni. Nanti boleh try.
ReplyDeleteejulz biasa guna breeze je :)
ReplyDeletekena cari topla ..nak cuba mcm mne
ReplyDelete