Breaking News

Bila Cik Nor Ke Pesta Thai


Assalamaualaikum...

Entry ni sepatutnya publish sebelum cuti CNY tempoh hari tapi nak buat macam mana empunya blog berangan lebih maka dia peram dulu cerita ni jadi pekasam. hehe. Jangan panggil Cik Nor kalau tak peram cerita lama. Korang yang selalu baca blog Cik Nor memang dah masak sangat dengan perangai Cik Nor ni. Yang penting didahulukan. Eh, ye lah tu.

Pesta Thai yang berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Muhamad IV lebih kurang 2 minggu jugak rasanya. Cik Nor apa lagi sempat la ambil peluang untuk meninjau Pesta Thai kali ni. Rasnya macam dah 2 tahun kot tak terjah. Tak ada member sebenarnya nak terjah. nak pergi sorang-sorang tak berani la pulak. Tambah-tambah waktu malam, baik la Cik Nor dok dalam bilik layan blog. hehe.

Ingat pergi jugak cari makanan sebab perut tengah berkeroncong tapi bila tengok harga, mak aii mencekik darah jugak tu. Harga bermula dari RM6 hingga RM10. Cik Nor cuma pusing-pusing semua gerai yang ada dan beli air mangga jer. Rata-rata Cik Nor tengok orang berniaga kat pesta Thai orang Malaysia ni jer. Boleh kira dengan jari peniaga yang betul-betul dari Thailand. Oleh kerana harganya yang begitu menarik Cik Nor batalkan niat untuk membeli disitu.

Cepat-cepat Cik Nor keluar dari tapak Pesta Thai menuju ke Pantai Timur Shopping Complex. Itu sebenarnya tujuan utama Cik Nor keluar malam ni, nak g beli barang keperluan sebab dah lama tak keluar malam. Cik Nor keluar ni berteman yer. hehe. Selesai membeli apa yang patut kat Pantai Timur terpandang akak jual berger, maka ter order la berger special. hehe. Harga berpatutan dan rasanya sedap. 

Korang kalau keluar malam-malam suka beli makanan dan makan kat rumah atau terus makan kat kedai?

12 comments:

  1. depends, kadang suka kat rumah. kadang suka kat kedai. mek ingat ap yang cik nor beli kat pesta thai tu. hahaha

    ReplyDelete
  2. Hee tak tentu. Kadang makan je kat kedai, kadang tak. Ikut mood. Hee.

    Ika datang singgah sini kak sha https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html

    ReplyDelete
  3. terasa nak makan burger la pulak. hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau Saya pun sama, mau habis berpuluh-puluh ringgit hahahahaha
    Tapi biasa Saya pergi berteman kalau ke festival...

    ReplyDelete
  5. kita suka pesta thai..kalo ada dekat dengan rumah, konfirm akan pergi..tapi yang dibeli selalunya bukan makanan thai...tapi beli kambing bakar...ahahhahaha

    ReplyDelete
  6. sama la.. lselalu ke pesta makanan thai, boleh tengok2 je la.. hehehe

    ReplyDelete
  7. depends..kadang suka tapau, makan kat rumah..klu lapar sangat, terus makan kat kedai...tapi betul pun cik nor, kalau pesta thai area KL ni pun, rega dia agak boleh agak2 gak la...selalunya beli jugak sbb nak rasa makanan thai..bosan gak selalu makan menu kedai...

    ReplyDelete
  8. teringat dengan megi kerabu..hehehe..

    ReplyDelete
  9. kalau ramai org tempatan bkn pesta thai namanya hehehe... lain sgt kalau org thai dgn org kita yg msk. contoh, tom yam... rs mmg ke laut hehe

    ReplyDelete
  10. Pernah pergi sekali je Pesta Thai ini tapi cam Cik Nor lah.. tak beli pun bila tengok harganya yang mahal melampau..

    ReplyDelete