Breaking News

Musim Kenduri

Assalamualaikum

Entry ni sepatutnya Cik Nor tulis tahun lepas lagi lagi. Nak buat macam mana Penyakit M datang dan banyak kena buat review maka Cik Nor perapkan dulu cerita ni. Cerita tak basi kan? Kalau makanan memang tak tahu apa dah. ehehe. Eh..apa kaitan makanan dengan entry pulak? Saper kata tak ada. Ada la sebab Cik Nor pergi kenduri.

Hujung tahun 2018 memang banyak kenduri yang nak kena hadiri. Dalam satu hari Cik Nor kena hadiri 2 kenduri kawin. Satu kenduri kahwin saudara mara terdekat dan satu lagi kawan semasa sekolah rendah dahulu. Nak tak pergi dekat sangat dengan rumah. hehe. Akibatnya sepasang baju Cik Nor pakai untuk 2 kenduri. Malas nak tukar-tukar baju lain. haha.


Masa kat kenduri kawan sekolah rendah tu sempat la bergambar dengan dia kat pelamin. Orang kata ambik aura, mana tahu kot melekat untuk tahun ni pulak. InsyaAllah..aamiinx40. Tolong doa-doakan lah yer. Bila tengok balik gambar ni cantik la pulak Cik Nor possing kat pelamin orang. haha. Masuk bakul angkat sendiri. Tapi yang pasti pelamin tu memang cantik. Walaupun nampak simple tapi mewah bila berada kat situ.

Untuk kenduri ke 2 tak ada gambar sebab kami pergi pun dah lewat. Pengantin pun dah tak ada kat pelamin so malas nak kacau diaorang tengah beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Walaupun saudara sendiri tetap jugak segan nak bergambar. Lagipun saudara Cik Nor tu lelaki, makin lah segan nak ajak bergambar.heehe. Apa yang best bila pergi kenduri lauk kenduri tu sedap-sedap, susah nak tolak. Kalau nak diet..lupakan sahaja niat itu.haha

Korang banyak tak dapat jemputan kenduri kahwin hujung tahun lepas?

9 comments:

  1. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  2. Hi....sy pun byk gak kenduri..mana leh gi...kita gi.... Memang suka ikut mak bapak g uma kawen..hoho...

    Harap melekat gak la jodohh...Amin...

    Hepi new yearrr

    ReplyDelete
  3. nanti bulan 2 nanti banyak kenduri hehehe.. cuti panjang sket kan time tu =P

    psssst !! ada sesuatu untuk CikNor disini. cepat cepat !!
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2019/01/top-commentators-2018-blog-siti-yang.html

    ReplyDelete
  4. Zumal, walau dah habis tahun masih ada jemputan kenduri hujung minggu ni

    ReplyDelete
  5. Aamiin cik nor..moga cpt2 bertemu jodoh..

    ReplyDelete
  6. jemputan byk kat kg je cik nor...jd mmg x blk kec sepupu kawen aritu

    ReplyDelete
  7. cantik cik nor.. hujung tahun lepas mmg bnyk undangan

    ReplyDelete
  8. Memang meriah musim cuti sekolah dgn kenduri kahwin
    Awal Januari masih lagi ada:)

    ReplyDelete
  9. disember & kenduri memang tak dpt dipisahkan.
    every weekend.
    abis kuar semua baju kurung kita ekk :)

    ReplyDelete