Apakah Fungsi Blogspot anda...??
Tahu Dan Kenal Objektif Blogspot Anda
1- Kalau ditanya tentu sekali sebab nak buat duit. Memang betul buat blogspot untuk buat duit, tapi kena tahu apa peranan blogspot ini dalam proses buat duit tu.
2- Itu gunanya sistem dan sales funnel yang kita cerita sebelum ini.
3- Kalau nak guna blogspot untuk buat duit dengan cara pengiklanan, lambakkan sahaja iklan di seluruh blog anda macam blog dibawah. Tapi fikirkan juga perasaan pembaca di blog anda. Jangan biar mereka terasa sesak untuk membaca artikel anda.
4- Macam Nora, dia ingin gunakan blogspot sebagai kedai online untuk menjual baju maxi dress dari pembekal. Jadi adalah bijak dengan meletakkan order form dibahagian atas secara terang kerana ini adalah objektif utama blogspot Nora; collect order dan buat sale. Saya dah pun siapkan satu blogspot untuk Nora di http://wardrobeclearancesales.blogspot.com seperti gambar di bawah.
5- Ada juga yang gunakan blogspot untuk promosi spa atau homestay. Boleh letakkan objektif blogspot anda sebagai medium untuk pelanggan anda melakukan appointment dan juga tempahan. Setelah tempahan dibuat, anda boleh sahaja follow up menggunakan email, sms atau telefon.
6- Ada juga yang gunakan blogspot untuk promot MLM dan insuran. Boleh letakkan objektif blogspot untuk generate lead macam banyak-banyak website MLM yang ada sekarang ni.
7- Dari sudut perniagaan, website dan blog adalah antara medium untuk membawa masuk pelanggan baru kedalam sales funnel anda. Maka adalah penting untuk anda mengumpul maklumat pelawat website anda supaya kelak senang anda follow-up.
Biar Blogspot Anda Nampak Pro
1- Antara kelebihan utama menggunakan blogspot adalah loading time-nya. Blogger diundi sebagai platform terpantas berbanding wordpress. Tapi sayangnya, ada yang suka letak widget bukan-bukan seperti lagu, slideshow dan sebagainya. Widget-widget ini buat semak saja dan menyebabkan loading time bertambah lama dan lambat. Adakalanya buat browser crash terus. Ini antara faktor utama pelawat lari dari blogspot anda.
2- Hanya gunakan widget yang menyumbang kepada objektif blogspot dan perniagaan anda sahaja.
3- Gunakan template yang sesuai dengan objektif anda. Contohnya sekiranya anda ingin buat kedai blog seperti yang telah saya buatkan untuk Nora, cuba pilih template yang mengutamakan elemen gambar.
4- Ini penting untuk menunjukkan kepada pelawat-pelawat blogspot anda kelak akan gambar produk anda. Antara website yang anda boleh dapatkan template sepeti ini ialah:-
5- Biar blogspot anda juga mesra SEO. Ini penting supaya blogspot anda mudah di-index oleh Google dan kemudian mudah juga dijumpai oleh orang yang yang search di Google. Boleh rujuk artikel dibawah:-
6- Memandangkan Facebook merupakan website popular di Malaysia sekarang ini, rasanya penting juga kalau blogspot anda dilengkapi dengan widget-widget Facebook. Seperti kotak Like, Send dan Recommendation.
7- Ini penting sekiranya anda mempromosi blogspot melalui Facebook, pengguna facebook boleh terus menggunakan widget yang ada untuk berkongsi blogspot anda dengan kawan-kawan mereka pula.
Tapi, blogspot anda tidak lengkap sekiranya anda tidak membina mailing list dari peringkat awal. Dalam artikel seterusnya saya akan cerita tentang pembinaan mailing list, shopping cart system, order forms dan tracking serta analisis blogspot anda.
No comments