Breaking News

KEPENTINGAN MEMAKAN VITAMIN....

Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan memakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera. Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.

Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.

Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).

Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

No comments