Breaking News

Satu Produk 2 Fungsi - Althea Pore Purifying Serum Cleanser



Assalamualaikum

Bila sebut pasal kecantikan, wanita tak akan puas bila mana produk yang dicari masih tidak ditemui.  Ada pencuci muka, nak pulak serum. Eh..macama-macam la. Bila nak puas tak tahu la. Nak kata muka bermasalah tak adalah pulak. Ini mesti kes dah cantik nak lagi cantik kan? Macam Cik Nor lah juga, Muka alhamdulillah tak ada masalah tapi tetap jugak nak cari produk terbaik untuk kulit muka Cik Nor.


Kalau korang nak tahu, Cik Nor adalah salah seorang pengguna tegar produk Althea dari Korea tu. Kebetulan tengah mencari pencuci muka yang sesuai ternampak lah satu produk baru dari Althea dimana gabungan pembersih dengan serum dalam satu botol. Produk yang dimaksudkan ialah Althea Pore Purifying Serum Cleanser.

Produk ini berfungsi untuk mencuci kulit muka kita dari solekan, kotoran dan minyak dengan ekstrak pudina yang mampu membuatkan kulit muka kita tetap sejuk dan terhidrat.



Apa Istimewanya Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini?

Dual Moisture Cell System : A combination of water and oil in overlapping layers that gently yet effectively make up and dirt residue.

Dengan adanya 2 kombinasi ini ia mampu menutupi masalah  kulit muka kita dengan serum yang terkandung didalamnya. Ia juga menghalang kulit muka kita daripada kekeringan dan berkesan untuk mengecilkan liang-liang pori.  Hasilnya memang menakjubkan kerana kulit muka terasa licin dan lembab sepanjang hari.

Keseimbangan pH


Produk ini membantu mengimbangi tahap pH kulit dengan memastikan ia berfungsi dengan baik dalam keadaan yang maksimum. Apa yang penting ia lembut dimuka dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang mempunyai kulit sensitif.


Kandungan Utama Althea Pore Purifying Serum Cleanser

1. Ekstrak Daun Pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan
2. Minyak Benih Jojoba - Melembapkan kulit
3. Ekstrak Daun Pokok Teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

Cara Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser


Lebih kurang macam korang nak bersih muka tu jer. Basahkan kulit muka dan sapukan sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser . Urut perlahan-lahan supaya segala kotoran tertanggal dan serum menyerap ke dalam kulit muka. Urut lebih kurang 5-10 saat dengan gerakan bulatan dan jangan lupa bersihkan dengan air bersih.


Pengalaman Cik Nor selepas menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini memang agak mengujakan. Kenapa? Selain dari membersih kulit muka kita dari solekan dan kotoran ia juga mampu membuatkan kulit kita lembap dan licin sepanjang hari. Terasa seperti memakai serum sedang baru lepas cuvi muka jer. Teramat lah rugi kalau korang tak cuba produk ni. Banyak kebaikan yang korang dapat selepas menggunaka produk ni.


Ada yang berkenan nak guna atau nak ushar dulu bolehlah  dapatkan di sini : https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser. Harga korang jangan risau, mesti mampu milik punyalah. Harganya cuma RM33.00 sahaja untuk 150 ml.

12 comments:

  1. Dah cuba dah ciknor memang berbaloi. 2 dalam 1.. bukan 1 je kelebihan yang kita dapat tapi 2

    ReplyDelete
  2. macam best ja produk ni..btw happy new year

    ReplyDelete
  3. macam best je.. nk try la..

    happy new year cik nor

    ReplyDelete
  4. comey la awok pakai hop ni gak. trusted brand.

    ReplyDelete
  5. Wow macam best jer ni.. makin comel lah nanti cik nor

    ReplyDelete
  6. sapa ada masalah pores ni memang sesuai. plus ade 2in1 function kan..

    ReplyDelete
  7. suka weiii dengan pore purifying serum ni..2 in 1 tau..senang nak cuci mekap + cuci muka sekali..ni baru je order lagi kat Althea..hehe

    ReplyDelete
  8. dulu mmg ada masalah pores ni tp lps sy buat pembedahan plastik sy dah bebas masalah ni hahahahah

    ReplyDelete