Breaking News

BERSIH DAN SIHAT DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN





 Assalamualaikum...

Korang pernah tak keluar pergi jalan-jalan, lepas tu tiba-tiba lapar dan nak makan. Korang tak perasan pulak kawasan korang singgah tak ada air. Aduh lecehnya tak ada air nak cuci tangan. Sedangkan masa tu terlupa pula beli air mineral. Apa korang buat? Tak jadi makan sehingga jumpa sumber air nak cuci tangan atau makan dengan tangan kotor jer?

Tapi kini tidak lagi dengan ada nya produk ada Aiken ini. Apa produknya..jom kita tengok dan baca.

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.


Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.




Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.


Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenanjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

18 comments:

  1. Rabia pun selalu bawa tisu .. nak lap muka yg berminyak ni

    ReplyDelete
  2. Nak kena cari la tisu lembap Aiken ni...

    ReplyDelete
  3. Kita memang standby tisu basah dalam bag. sebab tahu je la anak kecik ni kan bila makan macam mana. kadang nak makan time dalam kereta.
    Tapi kita x guna jenama ni. Lepas ni boleh la try brand ni. :)

    ReplyDelete
  4. sy memang akan standby tisu lembab dalam beg. dah jadi habit...hehehhehe

    ReplyDelete
  5. tisu lembab memang wajib ada dalam handbag.... banyak gunanya...

    ReplyDelete
  6. Mama mmg kena Ada wet tissue dlm handbag. Senang Kan nakncuci Dan lap2

    ReplyDelete
  7. Memang standby wet tissue dalam beg sebab takut si kecik poo poo senang nak cuci

    ReplyDelete
  8. tak ada lah mahal sangat wet tissue Aiken..kena beli ni..untuk diletak dalam handbag

    ReplyDelete
  9. Suka tisu basah ini.. Wangi dan mudah nak dibawa..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah beli... nanti boleh try Aiken... yang dalam stok pun dah nak habis ni. thanks sharing :D

    ReplyDelete
  11. CT tak pernah cuba brand ni.. tapi wet tissue wajib ada dibawa kemana saja nak tanggal mekap. habis stock skrng mungkin boleh jeling2 yang ini hehe..

    ReplyDelete
  12. tisu basah mmg ade dalam beg dan dlm kete.. tambah pula kalau dengan anak.. wajib ada..

    ReplyDelete
  13. Wahhh Aiken dah keluarakn product wet tissu plak eh.
    Ain penggguna pencuci muka Aiken. Sangat bagus.

    ReplyDelete
  14. Memang senang ada wet tissue ni. Tak payah nak guna air lagi. Tapi tulahhhh mahei sikitlah harganya.

    ReplyDelete
  15. Ni kali pertama Marsha dengar Aiken ada keluarkan wet tissue. Marsha pun wajib ada wet tissue untuk baby. Elok ni nanti bole cuba

    ReplyDelete
  16. penting ada tisu basah dalam kereta atau pun dalam beg..nak guna tak payah nak cari rata dah..guna yg dekat jaa..

    ReplyDelete