Breaking News

Kecik Dalam Kenangan


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama cari gambar si kecik ni dalam galleri tab. Tak ada, semua Cik Nor dah padam. Maka ber huhu lah Cik Nor nak buat entry khas kat dia. Sekali kakak hantar gambar ni. Syukur sangat boleh abadi cerita terakhir dia kat blog Cik Nor ni. Mesti korang tertanya-tanya kenapa kecik dalam kenangan. hurmm.. Sedih sebenarnya nak cerita tapi kena kongsi jugak kat sini sebab sebelum ni Cik Nor ada cerita  pasal dia dalam blog ni.

Sebenarnya kecik dah tak ada. Tahun lepas lagi, tapi baru boleh cerita kat sini sebab baru jumpa gambar dia. Dia mati kena langgar kereta depan rumah. Tak ada siapa dia nampak dia dok bawah kereta. Tahu-tahu jumpa dia kaku di halaman rumah. Allahu... adik Cik Nor yang jumpa dia. Dia whatsapp kat group keluarga. Ingatkan dia main-main rupanya betul. Nasibla masa tu Cik Nor tak Kota Bharu, tak ada lah sedih sangat. Tapi terasa jugala kehilangan dia.

Bila balik kampung terasa macam dia ada lagi. Terasa nak panggil jer dia. Tapi... Kecik dah tak ada..huwaa.. Masa menulis entry ni rasa nak mengalir air mata. Tetap jugak Cik Nor tahan takut rakan sebilik kata apa pulak tiba-tiba pula Cik Nor menangis. Paling sedih bila tengok si Putih macam menunggu jer dia datang kacau. Kecik dan Putih ini adik beradik. Tu yang diorang rapat sangat. Putih abang, Kecik adik. Muram jer  si Putih mula-mula ketiadaan Kecik. Macam tak boleh terima kawan sepermainan dia dah tak ada.

Tak lah cerita panjang-panjang pasal Kecik ni. Nanti tak pasal-pasal mengalir air mata pulak. Cukup lah cerita kat atas tu Cik Nor abadi kan kat sini. Sebelum ni Cik Nor ada cerita pasal Kecik kat SINI. Baca kat link tu kalau nak tahu pasal Kecik. Korang pernah kehilangan haiwan kesayangan tak? Meh shae dengan Cik Nor.


13 comments:

  1. eh nama kucing kat rumah kecik gak arwah ayah mentua letak dari kecik... dang ko ekin panggil mekcik hahahaha

    ReplyDelete
  2. comelnya kecik.. xpela kak.. dia di syurga. jangan sedih-sedih lg ye kak. Bidadari jaga dia

    ReplyDelete
  3. alahaiiii sabar ye cik nor huhuu

    ReplyDelete
  4. faham sangat rasa kehilangan kucing ni. kucing saya tu dh dekat 7 tahun dah mati..sampai sekarang tak boleh lupa sekarang ni bela kucing baru pulak

    ReplyDelete
  5. Sedihnya..saya pun terasa sangat bila kehilangan kucing dulu.. tak kena langgar tapi bila dia jalan tak balik-balik rumah dah, tak tau apa jadi kat dia..

    ReplyDelete
  6. alaaa huurm sedihnyaaa kalo kehilangan macam ni lagi2 yang dibela dari kecik.. faham sangat perasaan tu. sabar ye kak..

    ReplyDelete
  7. hanya pemilik kucing saja yg tau betapa pedihnya erti kehilangan

    ReplyDelete
  8. sedih bila kucing kesayangan dah xde dah..terasa rindunya sebab dah biasa dia ada.

    ReplyDelete
  9. Sakit tak cik Nor...Sebab selalunya kucing kalau dengar engin kereta akan lari...
    Memanglah cik Nor kita kalau bela kucing kalau kucing tu mati mmg sedih. Sebenarnya baik tak payah bela ...tak delah sedih huhu

    ReplyDelete
  10. comel sgt kecik. be strong ciknor

    ReplyDelete
  11. sedihnya :( azah pernah kehilangan. tahun lepas 2 anak hilang. tak tahu hilang atau mati. sekor tu dari form 4 azah bela. last sekali sebulan sebelum azah kahwin, dia hilang tanpa berita. mungkin sakit tua. lepas seminggu hilang, dok nangis2 je jumpa la sekor anak kucing. jaga punya jaga, selepas 2 bulan turut hilang jugak :( sedih sangat. puas cari tak jumpa2. lepas 3 hari sebab nangis je siang malam, suami carikan sekor. sekarang ni masih ada. punyalah letak dia indoor je. taknak bagi lepas outdoor dah. kalau outdoor pun biarlah berteman. taknak dah rasa kecewa lagi :(

    i know what ur feeling sis. be strong :')

    ReplyDelete
  12. Mmg sedih kalau kehilangan kecing ni. Haida pernah menangis 1 family sbb kucing mati 3 hari turut2

    ReplyDelete
  13. sedihkan kalau kehilangan kucing tue..especially kalau kucing tu sangat manja dengan kita..saya pun pernah kehilangan kucing

    ReplyDelete