Breaking News

Cik Blog Kurang Sihat


Assalamualaikum...

Ada yang rindu Cik Nor tak? Mesti ada yang rindu tapi tak mahu mengaku jer tu. Haha. Perasan kan Cik Nor ni, dia ada ke tak de sama  jer kan. Tapi yang penting korang tetap singgah blog Cik Nor walaupun tak ada entry baru. Untuk tidak menghampakan korang Cik Nor cekal hati untuk menulis walaupun masih tidak sihat.

Dah hampir seminggu diserang selsema. Cik Nor hanya bergantung kepada ubat yang dibeli di farmasi sahaja. Nampak gaya macam tak jalan jer ubat tu. Selsema makin menjadi ni. Tunggu entry seterusnya...apa Cik Nor buat.

Cik Nor pun tak pasti jangkitan virus selsema ni Cik Nor dapat dari mana. Minggu lepas sebelum balik kampung singgah Hospital Kota Bhar melawat kawan dikhabarkan mengalami paru-paru berair. Memang terul jugaklah keadaan dia. Bercakap sikit terus kena guna oksigen. Rasanya dia asma ditambah pula gastrik. Tu yang makin teruk. Sehingga ke saat Cik Nor tulis blog ini dia masih ditahan diwad. Sama-sama doakan beliau agar cepat sembuh. Aamiin.

Suspect kedua jangkitan dari kawan adik. Malam tu dia datang ke rumah untuk baiki laptopnya. Kebetulan Cik Nor ada kat depan rumah, berborak la dengan. Esoknya Cik Nor cakap kat adik Cik Nor selsema. Terus dia cakap, kawan aku malam tadi tu pun selsema. Sah, jangkitan virus ni dari dia. Huhu. 

Minggu lepas mak Cik Nor ajak pergi melawat anak dia yang baru dilahirkan. Cik Nof terpaksa cancell sebab selsema.Kasian pulak baby kalau kena selsema. Untuk keselamatan baik tak payah pergi. Minggu ni pun tak dapat pergi lagi kerana selsema masih berlarutan.huhu

13 comments:

  1. get well soon Cik Nor. kena pegi jumpa doc tu kalau ubat farmasi dah tak jalan.. minum ayoo bebanyak k..

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh CikNor, selesema kebiasaan memang kena reepat jumpa doctor

    ReplyDelete
  3. eheheehe..sian tau.Siap suspek lagi tu.Tapi memang betul..demam bawaan virus memang boleh berjangkit. Moga cepat sembuh ciknor

    ReplyDelete
  4. cuba ubat ni cik nor, clarinese kat farmasi. sepapan rm14. ms meula mkn akan bersin non stop. tp pastu akan lega. make sure minum air bebnyk...

    gws ya...

    ReplyDelete
  5. Syafakillah..semoga Cik Nor cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  6. syafakillah kak! skrg ni ramai yg kurang sihat. Moga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  7. get well soon cik nor..klu melarat pi klinik/hospital

    ReplyDelete
  8. hari ni camana, dah ok ke cik nor... apa pun cpt sembuh k..

    ReplyDelete
  9. Semoga cepat sembuh ye cik nor.. Air masak jangan lupa :D

    ReplyDelete