Breaking News

Nelly Cafe


Assalamualaikum..

Dah lama Cik Nor tak tulis entry berkaitan tempat makan best yang Cik Nor terjah. Entry kali ini Cik Nor kongsi kan tempat makan yang best korang mesti singgah. Tak kiralah rakyat Kelantan sendiri atau yang datang bercuti ke Kelantan. Cik Nor pun kali pertama singgah di sini. Memang betul-betul tawakal. 

Nelly Cafe terletak di Kok Lanas, Kelantan. Tempatnya agak strategik kerana senang untuk dicari. Cafe nya terletak disebelah kiri jalan berhampiran traffic light Kok Lanas dan berdekatan dengan Ekonjaya Kok Lanas. Memang tak susah untuk mencarinya. Jumpa traffic light Kok Lanas, maka jumpa lah Nelly Cafe.


Ini menu yang Cik Nor pesan iaitu burger ayam with fries. Tengok dari cara hidangnya memang nampak biasa. Macam burger yang dijual ditepi jalan sahaja cuna tambah fries. Mesti tanggapan kita pun rasanya pun biasa-biasa sahaja. Nampaknya tanggapan itu nya terpesong bila suapan pertama membuatkan korang jatuh cinta untuk suapan seterusnya. Nyata begitu sedap sekali. Ditambah dengan sos lada hitam yang pedas menambah selera korang untuk menikmatinyadengan penuh perasaan. Hehe. Fries dia pun sedap kerana dihidang bersama sos cheezy ala-ala cheezy wedges kat KFC tu.


Ini pula air epal asam boi. Air dia memang memikat hati bila kali pertama disedut. Cuma ada sediri komen kerana air sedikit manis dan kuantiti yang sedikit berbanding air yang ada. Cadangan Cik Nor kalau boleh dikurangkan sedikit manis kerana manis asam boi tu pun dah ok. Ais pula patut dikurangkan sedikit dan lebihkan jus epal. Itu hanya pendapat Cik Nor. Bagi yang sukakan manis Cik Nora dah ok.


Ini pula kawan Cik Nor, dia order nasi goreng kampung bersama dengan jus epal. Cik Nor sempat cuba nasi goreng kampung dia. Memang sedap dan cukup rasa. The real nasi goreng  kampung. Tidak seperti kedai-kedai makan lain, nasi goreng kampung macam nasi goreng campak-campak kat rumah sahaja. Harga kemain mahal lagi. Cuma satu Cik Nor nak tegur, kalau boleh isi ayam tu potong lagi kecil sedikit supaya rencah boleh serasi bersama isi ayam tersebut. Jus epal dia Cik Nor tak boleh komen kerana tak cuba.

Tentang servis memang tip top. Duduk sahaja dimeja, pelayan datang letak menu. Walaupun lama memilih menu, pelayan Nelly Cafe tetap sabar menunggu. Pesanan pun cepat sama dan tak perlu tunggu lama. Banyak pilihan makanan disini. Ada masakan panas, western, ala cart, makanan ala-ala boat noodles pun ada. Harga pun memang berbaloi dengan apa yang kita makan. Harga mampu bayar. Bagi yang berdekatan dan berkesempatan bolehlah singgah di Nelly Cafe ini untuk merasai sendiri masakan disini.

Ini adalah review peribadi bukan review ditaja. 

12 comments: