KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Monday, April 3, 2017

Wajik Pulut | Resipi


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya Cik Nor tak share resepi dengan korang. Resepi ni rumit sikit sebab banyak step. Cik Nor sebenar tak pandai jugak buat tapi tengok mak buat jer wajik pulut ni. Terdetik nak share resepi ni sebab 2 minggu lepas ada orang datang tempah untuk majlis kenduri kahwin. Kalau kat Kelantan wajik ni kami panggil nasi manis.hehe

Bahan-bahan:

5kg beras pulut
1kg santan
2 paket gula melaka
1 kg gula
Sedikit garam
Daun pandan

Cara-caranya :

1. Rendam beras pulut sekejap kemudian kukus sehingga masak. Dah masak sejuk kan dulu.
2. Kemudian masakkan santan, gula melaka, gula, daun pandan dan sedikit garam. Masak semua tu sehingga likat.
3. Kemudia masukkan pulut yang telah dikukus dan kacau sehingga sebati dan angkat agak-agak kering.
4. Sejuk kan dan sedia untuk dimakan.

Nota : Maaf Cik Nor terpaksa guna sukatan yang banyak sebab tak tahu nak agak sukatan santan. Hehe. Gula dan gula melaka tu boleh dikurangkan kalau anda tak suka manis. Orang Kelantan kan suka makan manis-manis. Tengok Cik Nor manis kan. Haha. Gula melaka tu untuk membuatkan warna wajik coklat kehitaman..hitam itu menawan๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

16 comments:

  1. wahhhh tenkiu for the resepi .. yana suka nie pernah tgk orang buat dengan sirap so jadi warna pink pink hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa lama tak makan ni ....

    ReplyDelete
  3. Dulu nieyl suka juga..
    tapi sekarang dah xde org yg pandai buat...

    ReplyDelete
  4. suka juga makan wajid ni <3 sodappp, tapi skrg jarang2 dah makan :)

    ReplyDelete
  5. antara wajik dan kelupis, fae pilih kelupis hehe. tapi kdg tu mkn wajik jgak.

    btw fae follow sini #1265

    sudi2 singgah blog fae ye hehe nurfaezahabdullah1712.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Pernah tak rasa wajik yg mcm pulut tak masak tu cik Nor? Bila makan mcm ada rasa mengetis ngetis. Sedap gak mcm tu ek

    ReplyDelete
  7. Memang manis wajik pulut. Jarang jupe org jual, kene buat sendiri la mcm nie..

    ReplyDelete
  8. nak order nasi manis dgn cik noor la.... buleh ko?

    ReplyDelete
  9. teringat la kecik2 dulu.. suke sgt mkn ni.. bile org kahwin je.. mmg pegi dekat pelamin cari wajik ni.. tp kalau dpt yg keras tu.. mmg amik manis je lpas tu buang pulutnye.. hehehe.. memori sanga wajik ni

    ReplyDelete
  10. wah gigihnya masak.. good good

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  11. feveret mak aida ni, nor.
    pantang jumpa... just now kena kurang kan makan.
    mak abah diabetes.

    ReplyDelete
  12. sy suka kalu pulut tu terhangit sikit hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...