Kerana Ianya Bermakna
Assalamualaikum..
Malam ingat nak updates malam tapi memain punya pasal lewat lah jugak updates nya. Well macam korang tak kenal Cik Nor, kalau tak malam tak ada nya entry baru kat blog dia.so, kepada yang baru kenal Cik Nor, bertabahlah kalau datang blog Cik Nor tiada entry baru. Hehe. Yang dah lama kenal tu...faham-faham jer la.hihi
Kenapa tiba-tiba ada gambar jam? Tu bukan nak menunjuk jam baru atau jam mahal tapi ada cerita disebaliknya. Jam tu pemberian abang ipar sebagai ole-ole dari China. Kira bebal jugak lah nak rosak walaupun dah berkali jatuh.hehe. Jam tu rasanya bukan dia beli yang original pun. Rasanya dia beli kat pasar malam dan mungkin harga dia RM50.00 atau lebih rendah dari tu. Yang pasti dia tahan lasak dari yang lain. Kakak dan anak buah dapat jugak tapi semuanya dah rosak.huhu
Sebenarnya Cik Nor dah lama tak tukar bateri dia. Entah kenapa semalam tiba-tiba rasa nak pakai jam la pulak. Jam ni lain macam sikit, kalau nak tukar bateri kena pergi kat kedai jam berjenama sebab sebelum ni suruh adik tukar kat kedai jam biasa jer, diaorang cakap tak boleh buka penutup belakang tu. Adeii. Tu yang setahun sekali Cik Nor tukar bateri dia sebab malas nak redah jem dalam bandar Kota Bharu.
Masa tukar bateri tu, apek tu ada cakap jarum longgar then Cik Nor suruh dia baiki terus alang-alang dia dah buka untuk tukar bateri. 5 minit baiki dah siap. Senang hatila Cik Nor balik bila jam dah ok. Bangun tidur tu tengok jam, eh kenapa tak gerak. Tengok ada 1 berlian ke apa ntah orang panggil, tercabut. Goncang-goncang hidup kejap then mati balik. Ni tak boleh jadi ni, hari ni pergi semula kedai jam apek tu. Dia pun cakap ni banyak benda dah nk tercabut, adoii..geram jer nak sound apek tu, semalam apasal ko tak baik terus masa aku suruh betulkan jarum yang longgar tu. Dia macam malas nak layan Cik Nor, tapi Cik Nor slow talk suruh dia check betul-betul dan tinggalkan sekejap.
Fuhh..nasib baik tak kena cas lain. Kalau tak masak Cik Nor. Semalam dah kena RM15.00 tak kan hari ni kena lagi.hehe. Korang ada pengalaman macam Cik Nor tak?
wahhhhh rajin kak nor pergi hantar repair. Saya kalau jam rosak memang taknak repair dah. terus beli baru ja. sebab kadang2 kos repair macam boleh beli yang baru ja. haha.
ReplyDeletetu tandanya kena beli jam baru hehehehehe
ReplyDeleteKadang kadang jam dah lama tak pakai mmg rosaklah cik nor walu dah tukar bateri. Sayang tau
ReplyDelete