Breaking News

Sabun Pilihan Cik Nor


Assalamualaikum..

Semalam ingat nak updates pasal israk & mikraj tapi semuanya tinggal harapan.  Pergi Pulau Nami punya pasal la ni. Haha. Pulau Nami? Tunggu entry dia yer..hehe

Musim panas ni memang seksa sikit kalau berpeluh. Aduh melekit-lekit, rasa tidak selesa sangat. Tambah-tambah kat pejabat penghawa dingin rosak. Guna kipas jer, lagi la haru. Kalau boleh kat pejabat pun Cik Nor nak mandi. Tak tahan weh kalau berpeluh ni. Nak buat kerja pun tak selesa.

Oleh yang demikian Cik Nor memilih antabax sebagai pilihan Cik Nor. Mesti korang tertanya-tertanya kenapa Cik Nor tak guna yang jenis cecair. Cik Nor dah guna sebelum ni tapi rasa macam tak best kerana lepas mandi sabun tu rasa macam melekat lagi kat badan walaupun dah dibilas banyak kali. Kalau guna yang jenis buku ni  sekali bilas dah hilang kesan sabun tadi. Badan pun terasa segar sangat.

Dulu Cik Nor guna jenama lain tapi kawan Cik Nor cakap jenama tersebut mengandungi bahan yang boleh merosakkan kulit.  Terus Cik Nor bertukar kepada antabax sehingga sekarang. Ini lah sabun pilihan Cik Nor. Apa pula sabun pilihan korang? Jom sharing😊😊😊

4 comments:

  1. nieyl dah lama x pakai sabun mandi yg jenis ketul ni...
    skrg pakai yg gel je...

    ReplyDelete
  2. sy dah lama x guna sabun cik nor since form 1 lg sbb kulit sy sgt alah dgn sabun so since that day guna shower foam je... alhamdulillah apa2 jenama semua ok...

    ReplyDelete
  3. Belasah je cik Nor..... apa apa pun boleh.
    Ha a kekadang sabun mandi ni mmg ada yang susah nak hilang licin dia. Tu biasnya yg cream cik nor mmg gitu. Cuba cari yg jenis foam

    ReplyDelete
  4. dah lama gak x guna sabun ni untuk mandi.. hihihihi

    ReplyDelete