KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Tuesday, April 11, 2017

Emage Style Empowerment


Assalamualaikum..

Apa yang dimaksudkan dengan Emage Empowerment? Jom Cik Nor jelaskan kat korang semua. Emage boleh disamakan maksudnya dengan image. Manakal Empowerment bermaksud kuasa atau pihak berkuasa. Atau dalam erti kata yang lain untuk menunjukkan kuasa melalui undang-undang atau secara rasmi. Gabungan kedua-dua perkataan membawa maksud bagaimana kita boleh menjadi yang terbaik dengan cara memberi kuasa kepada imej perniagaan yang kita miliki pada hari ini.

Program ini akan membimbing kita terutamanya peniaga, usahawan dan bakal usahawan diluar sana untuk datang dan menyertai seminar ini. Dua orang speaker yang sangat berpengaruh telah dijemput untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ceramah mereka tentang bagaimana untuk membina konsep 3E :  memberi, meningkatkan dan menambah Power dari segi rupa, kelakuan dan juga komunikasi. Program ini adalah dibawah (HRDF) - Human Resouce Development Fund yang diilhamkan oleh International Award Image & Etiquette Consultant - Cik Everlyn Ching dan Selebriti Image Consultant, Cik Wawa Idris. Dua nama yang tidak asing lagi kerana kedua-duanya wanita yang hebat. Cik Everlyn juga merupakan anggota untuk AICI ( Association Images Consultants International) dan Cik Wawa adalah pengasas Imaan Suci Wipe, yang terkenal dikalangan blogger tempatan.

Dari gambar banner, anda akan belajar (6H); bagaimana untuk diterokai. bagaimana untuk mengenal pasti, bagaimana untuk membina, bagaimana untuk menggilap dan bagaimana untuk menguasai  semangat dalaman dan nilai-nilai anda untuk menjual produk / perkhidmatan, tahap keyakinan anda, cara untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan, personaliti anda seperti cara atau bahasa badan dalam etika perniagaan apabila bertemu pelanggan, Walaubagaimana pun, anda juga perlu belajar merapi wajah terutama bersolek dan dandanan rambut. Yang paling penting, apabila anda meletakkan diri anda dalam pakej SUPERSTAR secara automatik anda akan mendapat makan malam secara PERCUMA



Speaker Empowerment. Speaker bermaksud orang yang sesuai untuk memberi ceramah kepada orang lain. Oleh yang demikian orang yang berhak untuk memberi ceramah sudah tentu lah orang yang berani berdepan dengan orang ramai. Orang berniaga, usahawan dan netpreneur adalah orang yang sesuai untuk memberi ceramah. Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai aspek. Untuk menjadi orang perniagaan, kita perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan pelanggan dan orang awam.  Untuk urusan berkaitan dengan pelanggan atau mana-mana pihak pengurusan acara, mana-mana ahli perniagaan mestilah sentiasa senyum dan bertindak dengan bijak.

Mungkin anda kini hanya orang biasa sahaja. Tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi pemimpin. Tiada siapa tahu kan? Jadi anda hanya perlu menjadi seorang yang positif dan berfikiran yang baik. Dalam banner no.3 apa yang anda boleh pelajari untuk menjadi speaker empowerment dan sebagai penutup kemahiran yang dipelajari anda akan diajar menggunakan (5P) untuk mewujudkan satu sistem yang dipanggil Million Dollar Speaking.





Untuk maklumat lanjut jangan lupa hubungi :  012 3927848 or 019 236 3907.

5 comments:

  1. kita baru 1st time dengar pasal ni ciknor

    ReplyDelete
  2. pernah dengar tentang ni dulu .. eheheheh tapi tk pernah join lagi

    ReplyDelete
  3. Malaslah nak gi kursus cik Nor dah kertu kertu ni

    ReplyDelete
  4. First time dengar pasal ni cik nor

    ReplyDelete
  5. dulu2 sy suka g kursus2 ni tp laa ni da mls lain laa kalu dpt duduk hotel hahahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...