Breaking News

Ma Pergi Jua Part 2


Setelah doktor mengesahkan yang ma telah tiada tepat pukul 5.30 ptg, kami sepakat untuk cepat-cepat kebumikan ma pada hari yang sama. Kami mandikan jenazah ma dihospital kerana ia cepat dan tidak perlu menunggu lama. Rezeki ma sangat baik kerana akak yang selalu mandikan jenazah baru pulang dari Kuala Lumpur. Belum sempat rehat dia menerima panggilan dari Hospital Machang untuk mandikan jenazah ma. Niat kami hanya untuk melihat jenazah ma di mandikan tapi lain pulak jadinya. Oleh kerana akak yang akan  mandikan ma seorang diri maka Cik Nor dan adik mengambil kesempatan ini untuk mandikan ma buat kali terakhir. Alhamdulillah..Allah bagi peluang buat Cik Nor dan adik untuk untuk mandikan seperti mana ma mandikan ma ketika kami lahir dahulu. Terima kasih Ya Allah.

Perjalanan ma untuk ke negeri abadi sangat mudah, lebih kurang pukul 6 petang ma di tolak masuk ke bilik mayat dan pukul 6.30 petang akak yang akan mandikan ma tu sampai. Kelengkapan untuk kapankan jenazah semua dah lengkap cuma kain kapan sahaja perlu di bahagikan mengikut saiz yang ditetapkan. Allah..mudahnya akak tu bahagikan kain kafan tu, tak perlu guna gunting cuma koyak macam tu jer. Ruginya tak pergi pengurusan jenazah.

Setelah kain kapan siap dibahagi..ia di letakkan di atas katil besi berhampiran dengan jenazah ma yang belum dimandikan lagi. Tepat pukul 7 malam , jenazah ma mula dimandikan. Alhamdulillah ..jenazah siap dimandikan dan dikafankan pukul 8.05 malam. Kami 3 beradik tahan air mata untuk kucup jenazah ma buat kali terakhir di bilik mayat Hospital Machang. Allah..cantiknya ma..bersihnya muka ma nak bertemu Penciptanya.

Adik bongsu lelaki Cik Nor mengiringi ma ke Masjid Al-Takwa Kampung Jakar untuk di sembahyangkan. Sebelum solat isyak jenazah ma tiba di perkarangan masjid. Allah permudahkan lagi urusan solat jenazah bila jemaah masjid tak perlu menunggu lama jemaah masjid kampung sebelah. Lebih 50 orang jemaah masjid menyembahyangkan ma buat kali terakhir.

Jenazah ma selamat di kebumikan pada pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Kami adik beradik perempuan tak ikut ke kubur, cuma tunggu dirumah sahaja. Hanya ahli keluarga lelaki  sahaja yang pergi. Malam tu ramai juga jiran tetangga yang datang menziarahi dan ada jugak yang confius siapa yang meninggal sebab ramai yang tak tahuma Cik Nor sakit. Yang datang melawat tu ingat nenek Cik Nor yang meninggal. Sebaliknya nenek Cik Nor baik-baik sahaja.

Malam selepas ma dikebumikan, Cik Nor tak boleh nak tidur asyik teringatkan arwah ma. Pendek kata seminggu tu mata bengkak sebab tiap-tiap malam teringatkan ma. Seminggu juga Cik Nor tak boleh jamah nasi sebab setiap kali nak makan nasi mesti panggil ma makan sekali/..Allah..berat ujian Mu masa ni. Sekarang ni dah boleh terima ma dah tak ada tapi ada masa teringat..mengalir jugak air mata.

Memang setiap hari jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak pergi pusara ma. Terasa ma ada jer menunggu kedatangan kami. Tambah-tambah bila dengar ustaz kata orang yang meninggal menunggu kita petang khamis, sepanjang hari jumaat dan pagi sabtu. Kami pilih untuk pergi hari jumaat, penghulu segala hari. 

Sekarang abang sulung Cik Nor dah tak keseorangan lagi kat sana sebab ma dah ada teman dia. Ma pun dah tak berdua dengan abang sebab nenek pun dah ikut ma..

Cerita pasal nenek dalam entry akan datang.

Baca juga : Ma Pergi Jua

4 comments:

  1. alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan ma..
    alfatihah untuk arwah ma ciknor..
    semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman,,. aamiin..
    salam takziah..

    ReplyDelete
  2. Semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. Salam takziah dan al-fatihah buat arwah Ma

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirajiuun.... Ma abe kie meninggal dlm jam 5.30 pm pd ptg raya ketiga aidil adha. tp dikebumikan pd pagi esoknya sbb nak tunggu kakak2 di KL dan Dungun sampai ke kg.

    ReplyDelete