Breaking News

Pisang Rebus

 


Assalamualaikum..

Hari ni macam tak ada idea nak tulis apa. Banyak cerita yang nak dikongsikan bersama pembaca blog suam-suam kuku Cik Nor ni tapi idea menulis tu belum membuak-buak lagi. Malam tadi tengok ada pisang atas meja sesikat. Ayah bawak balik dari rumah kakak. Katanya pisang ni sesuai dibuat goreng ataupun rebus jer. Nak makan macam tu pun boleh.

Nak goreng macam sikit jer dan malas nak bancuh tepung. Bangun pagi ni potong bahagian tangkai dan hujung dia. Cuci sikit-sikit takut ada pasir, masuk dalam periuk, masuk air dan garam. Buka api dan tutup periuk dan tunggu beberapa minit sehingga kulit pisang terbelah. boleh lah angkat dan toskan. Dah boleh buat sarapan pagi ni.haha. Mudahkan? Kalau arwah ma ada dia paling suka pisang rebus ni. Kalau goreng dia tak suka sangat.

Ingat adik-adik Cik Nor makan sangat pisang rebus tuh..lambat lagi. Setakat 1 dua biji makanlah. Kena ada makanan lain lagi untuk sarapan diorang. Pisang rebus tu untuk ayah Cik Nor jer.  Nak tak nak goreng jugaklah Pan Mee dari Vits. Goreng bodoh-bodoh jer. Tumis bawang, masuk rencah, masuk sayur dan fish cake. Taraa..dah siap untuk dimakan. ehehe

Itu sahaja cerita untuk pagi ni. Next time sambung lagi..

3 comments:

  1. Sedap ni..Mak mertua suka buat siro pisang rebus =D

    ReplyDelete
  2. awat tak buat cekodok je? kan senang... tak pun lempeng pun ok juga...

    ReplyDelete
  3. sedap ni tapi pisang rebus untuk breakfast, x kenyang..hehe..kena ada menu lain yg berat...

    ReplyDelete