Breaking News

Hybrid Sunscreen Terbaik | Sunscreen Jenis Aloe Vera, Texture Lightweight Dan Tidak Berminyak

Sejak akhir-akhir ini cuaca panas luar biasa dari kebiasaan jadi perlukan sunscreen terbaik untuk lindungi kulit. Nak keluar rumah pun fikir 2 3 kali sebab pukul  9 atau 10 pagi panasnya dah membahang macam pukul 1 petang.  Kalau  keluar rumah di musim cuaca panas ni mesti  fikir apa yang perlu dipakai untuk melindungi kulit muka dari sinaran matahari. Macam Cik Nor mesti cari krim muka yang lengkap dengan pelindung matahari. Tak kisahlah nak keluar rumah atau duduk di rumah mesti Cik Nor guna sunscreen sebab suhu kepanasan tu meruap ke dalam rumah.

Apa Itu Sunscreen?

Sunscreen merupakan bahagian yang sangat penting dalam penjagaan kulit muka kita. Ia adalah pelindung matahari yang membantu melindungi kulit kita dari sinar UV yang boleh menyebabkan sunburn dan ganggu tisu kulit muka kita.  Dalam skop penjagaan kulit muka, ramai yang tidak ambik peduli betapa pentingnya pemakaian sunscreen setiap hari.

Cara pakai sunscreen yang betul dapat memberikan kesan yang elektif kepada kulit muka kita. Walaupun dah lama menggunakan sunscreen ada juga yang Cik Nor ketinggalan. Ingatkan sunscreen ada kandungan SPF jer dan SPF yang paling baik ialah SPF50 PA+++ sebab ianya mampu melindungi kulit dari sinaran uv. Rupanya ada hybrid sunscreen. Sebelum ni hanya tahu sunscreen fizikal dan sunscreen kimi ajer.

Mesti korang tertanya-tanya apa tu Hybrid Sunscreen?  Ia mungkin kedengaran asing bagi sesetengah orang tetapi ia telah digunakan secara meluas di pasaran. Ia di panggil Hybrid Sunscreen kerana ia adalah gabungan pelindung matahari fizikal dan kimia.

Pelindung Matahari Fizikal : Ialebih dikenali sebagai mineral sunscreen yang mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan penggunaanya selamat walaupun digunakan dalam jangka masa yang panjang berbanding sunscreen kimia. Walaubagaimana pun ia tetap ada  kelemahan kerana teksturnya tebal boleh menyebabkan pori tersumbat dan penyebab tumbuhnya jerawat.

Pelindung Matahari Kimia : Ia sangat mudah digunakan dan yang penting tak ada white cast. Akan tetapi ia tidak sesuai untuk semua jenis kulit dan ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit terutama mereka yang mempunyai kulit sensitif

Kenapa Hybrid Sunscreen?

Hybrid sunscreen adalah inovasi terbaru pelindung matahari yang menggabungkan pelindung matahari fizikal dan kimia. Gabungan serasi kedua-dua jenis sunscreen ni menghasilkan hybrid sunscreen yang member kesan terbaik kepada kulit muka kita.

Kalau kita perhatikan ketika mencari sunscreen terbaik untuk muka kebanyakanny amengandungi pelindung matahari fizikal sahaja atau pelindung matahari kimia sahaja. Ramai yang tidak sedar wujudnya  hybrid sunscreen ini. Salah satu sunscreen yang Cik Nor suka guna dan ianya hybrid sunscreen ialah Aloe Vera Sunscreen  dari Hasaegee Nature. Banyak kebaikan yang kita dapat bila menggunakan hybrid sunscreen terutama dapat mengimbangi kelemahan yang ada dalam pelindung matahari kimia dan fizikal. Bila digabungkan dengan inovasi terkini ia boleh menjadi hybrid sunscreen terbaik untuk kulit muka kita.

Kelebihan Hybrid Sunscreen

Seperti yang kita ketahui umum Hybrid Sunscreen ini mengandungi kebaikan dari kedua-dua sunscreen iaitu fizikal dan kimia. Inovasi terkini menggabungkan keduanya menjadikan bahan aktif yang dapat menghalang kerosakan pada kulit muka  kita dan lebih berkesan dari sunscreen biasa. Penambahbaikan yang telah dibuat dari kedua-dua sunscreen tersebut menghasilkan hybrid sunscreen yang tidak menghasilkan white cast. Kalau sebelum ini white cast menyusahkan kita untuk mencuci muka, sekarang tidak lagi.

Penapis UV yang terdapat dalam hybrid sunscreen adalah penapis terbaik kerana teksturnya ringan jadi ia adalah sunscreen untuk kulit berminyak, Ia dapat memberikan perlindungan UV yang sangat maksimun dan berkesan serta mempunyai kuasa penyerapan yang bagus supaya kita selesa bila menggunakannya.  Selain itu juga ia menyerap dengan cepat ke dalam kulit muka kita.  Ia bersifat non-comedogenic dan anti keradangan serta sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif

Kita boleh lihat di pasaran sekarang pelbagai jenama hybrid sunscreen yang boleh kita pilih untuk dipakai. Namun hati Cik Nor telah jatuh hati dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen,  Iaa dalah hybrid sunscreen terbaik yang pernah saya guna dan tak akan tukar kepada jenama lain.

Bukan hanya sekadar sunscreen tapi iamengandungi aloe vera yang memang bagus untuk kulit muka. Aloe Vera sunscreen bukan sahaja memberikan perlindungan yang maksimum kepada kulit muka kita dari sinar UVA dan UVB tapi dapat melembapkan kulit muka kita. Selain itu ia juga dapat menyegarkan wajah serta memulihkan kulit wajah kita yang bermasalah sebelum ini.  Oleh kerana ini lah saya suka sunscreen terbaik dari Hasaegee Nature ini kerana ia memang the best sunscreen.

Cara Pakai Sunscreen dengan Betul

Ramai yang masih tidak ambik tahu cara yang betul untuk memakai sunscreen supaya ia memberi kesan yang maksimun setiap kali menggunakannya. Apa kata korang ikut tips ini, mana tahu boleh membantu korang nanti.

Dalam skincare routine mesti ramai tertanya-tanyakan? Pakai sunscreen dulu atau day cream dulu? Sebenarnya kalau basic skincare routine tu ada 3 step jer, cleanser, moisturizer/day cream dan sunscreen. Jadi sunscreen ni last step dalam skincare Lepas pakai moisturizer barulah pakai sunscreen sebagai protection kulit kita dari sinar UV.

Sunscreen ni bukan macam skincare lain, pakai dua kali jer dalam sehari. Sunscreen perlu di reapply setiap 2 hingga 4 jam. Kalau kita berada di luar dan terdedah  dengan matahari kita perlu reapply sunscreen setiap 2 jam tetapi kalau kita tidak terdedah perlu reapply setiap 4 jam. Mesti korang tertanya-tanyakan berapa banyak kena pakai sunscreen ni? Kuantiti yang mencukupi adalah sebanyak 2 jari untuk mendapatkan coverage yang terbaik dan kesan yang maksimum.

Mesti korang tertanya-tanya sunscreen pakai waktu bilakan? Kan? Sunscreen ni boleh pakai waktu siang sahaja bermula waktu pagi, waktu tengahari  sampai ke petang. Sunscreen ni juga merupakan basic skincare routine dalam rutin harian.

Kenapa Aloe Vera Sunscreen ni Terbaik?

Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature adalah sunscreen terbaik harian pilihan Cik Nor.  Ia mempunyai kelebihan tersendiris eperti :

1.  Sunscreen SPF 50+ dan PA+++

2. Tidak berminyak dan tidak rasa melekit bila di sapu di muka

3. Mengekalkan kelembapan kulit muka kita

4. Membantu meredakan kerengsaan kulit

5. Tidakmenyumbatkan pori-pori kulit dan tiada white cast

Sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature ini merupakan sunscreen SPF 50 yang bertexture tidak berminyak dan tidak melekit.

Sunscreen Aloe Vera ini juga dapat memberikan kelembapan pada kulit kita. Aloe Vera dalam sunscreen terbaik ini dapat meredakan kerengsaan kulit bagi yang mempunyai kulit sensitif,

Sunscreen ini merupakan sunscreen untuk kulit berminyak, jadi ia tidak akan menyumbatkan pori-pori. Aloe Vera sunscreen ini sunscreen tanpa white cast jadi ia mudah untuk dicuci. Sunscreen yang boleh dibasuh dengan air sangat memudahkan urusan seharian, tidakperlu di cuci menggunakan makeup removal.

Muka kekal glowing dan tidak berminyak walaupun waktu tengahari

Untuk kesan yang lebih efektif dan optimum yang skip langkah yang Cik Nor bagi bagi kat atas tu.Kalau tidak korang tak akan dapat hasil yang korang inginkan. Jangan sesekali tinggalkan sunscreen tidak kira berada didalam rumah ataudi luar rumah kerana musim panas begini boleh membuatkan kulit muka kita bermasalah.

Bawalah ke mana sahaja sunscreen didalam handbag anda terutama Aloe Vera Sunscreen dari Hasaegee Nature ini kerana ia sangat bermanfaat walau dimana kita berada. Sekali cuba pasti, nak pakai berkali-kali. Ingat sunscreen, ingat sunscreen Aloe Vera dari Hasaegee Nature.

Brand : Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

3 comments:

  1. Mrs. A pakai sunscreen fizikal sahaja. Next time nak cuba jugalah fizikal + kimia.

    ReplyDelete
  2. Betul, sunscreen mmg wajib pakai setiap hari..Duk rumah pun kena pakai jugak..Saya paling suka sunscreen yang pakej dengan pelembap..Senang kerja..hehe..

    ReplyDelete