Breaking News

Bila Daging Qurban Orang Sedekah Banyak

 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tahun ni keluarga Cik Nor dah laksanakan ibadah qurban. Kami ambik 2 bahagian. Satu bahagian adik lelaki yang buat dan satu bahagian lagi Cik Nor niatkan qurban untuk arwah ma Cik Nor.  Dua bahagian tu kami dapat lebih kurang 21 kg daging sahaja. Yang lain-lain tu kami tak timbang. Kami ambik sedikit sahaja untuk masak dan panggil jiran-jiran makan. Yang lain kami sedekahkan semua. 

Ingatkan kami dah buat qurban tak adalah orang nak hantar daging kat kami lagi. Rupanya meleset sangkaan tu. Banyak juga kami dapat. Lebih kot 5kg. Alhamdulillah..rezeki raya qurban. Banyak lagi kat dalam peti sejuk tu. Dah tahu nak buat menu apa dah. Biar jer dulu dalam peti sejuk tu. Sampai semua orang dah hilang rasa muak makan daging baru masak balik.

Sekarang ni nampak ikan dan ayam jer yang sedap. Tapi ayam tu tak boleh nak beli selalu. Harga ayam sekarang RM9++ 1kg.  Harga cekik dah tol ni. Apa-apa pun ikan kena selalu ada dalam peti sejuk. Bukan apa, ia jadi penyelamat kalau orang dalam rumah ni tak nak makan daging.haha. Lagi 1 kucing pun suka makan ikan.hehe

Nak tanya korang la..daging qurban yang korang dapat tu korang masak apa? Cer bagi idea, mana tahu Cik Nor berkenan nak masak.hehe

Baca juga : Cerita Raya Qurban Tahun Lepas

1 comment:

  1. abe kie buat korban gak tahun ni. mmg kami suami isteri bergilir2 buat korban. kalau x buat korban meme x dok la ore nak buwi daging korban ko kami...lgpun setakat rm650 tu masih mampu. kumpul dlm rm60 sebln. lama2 cukup la tu...

    ReplyDelete