Hybrid Sunscreen Terbaik | Sunscreen Jenis Aloe Vera, Texture Lightweight Dan Tidak Berminyak

Sejak akhir-akhir ini cuaca panas luar biasa daripada kebiasaan jadi perlukan pelindung matahari terbaik untuk melindungi kulit. Nak keluar rumah pun fikir 2 3 kali sebab pukul 9 atau 10 pagi panasnya dah nampak macam pukul 1 petang. Kalau keluar rumah di musim cuaca panas ni mesti fikir apa yang perlu dipakai untuk melindungi kulit muka dari sinaran matahari. Macam Cik Nor mesti cari krim muka yang lengkap dengan pelindung matahari. Tak kisahlah nak keluar rumah atau duduk di rumah mesti Cik Nor guna sunscreen sebab suhu kepanasan tu meruap ke dalam rumah.   

Apa Itu Sunscreen?

Sunscreen merupakan bahagian yang sangat penting dalam penjagaan kulit muka kita. Ia adalah pelindung matahari yang membantu melindungi kulit kita daripada sinar UV yang boleh menyebabkan selaran matahari dan mengganggu tisu kulit muka kita.   Dalam skop penjagaan kulit muka, ramai yang tidak ambik peduli betapa pentingnya pemakaian sunscreen setiap hari.

Cara pakai sunscreen yang betul dapat memberikan kesan yang elektif kepada kulit muka kita. Walaupun dah lama menggunakan pelindung matahari, ada juga yang Cik Nor ketinggalan. Ingatkan sunscreen ada kandungan SPF jer dan SPF yang paling baik ialah SPF50 PA+++ sebab ianya mampu melindungi kulit dari sinaran uv. Rupanya ada hybrid sunscreen. Sebelum ni hanya tahu sunscreen fizikal dan sunscreen kimi ajer.

Mesti korang tertanya-tanya apa tu Hybrid Sunscreen?   Ia mungkin kedengaran asing bagi sesetengah orang tetapi ia telah digunakan secara meluas di pasaran. Ia di panggil Hybrid Sunscreen kerana ia adalah gabungan pelindung matahari fizikal dan kimia.

Pelindung Matahari Fizikal : Ia lebih dikenali sebagai pelindung matahari mineral yang mana ia sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan penggunaannya selamat walaupun digunakan dalam jangka masa yang panjang berbanding kimia pelindung matahari. Walaubagaimanapun ia tetap ada kelemahan kerana teksturnya tebal boleh menyebabkan pori tersumbat dan penyebab tumbuhnya jerawat.

Pelindung Matahari Kimia : Ia sangat mudah digunakan dan yang penting tak ada white cast. Akan tetapi ia tidak sesuai untuk semua jenis kulit dan ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif

Kenapa Hybrid Sunscreen?

Hybrid sunscreen adalah inovasi terbaru pelindung matahari yang menggabungkan pelindung matahari fizikal dan kimia. Gabungan serasi kedua-dua jenis pelindung matahari yang menghasilkan pelindung matahari hibrid yang memberi kesan terbaik kepada kulit muka kita.

Jika kita perhatikan ketika mencari pelindung matahari yang terbaik untuk kebanyakan muka yang mengandungi pelindung matahari fizikal sahaja atau pelindung matahari kimia sahaja. Ramai yang tidak sedar wujudnya pelindung matahari hibrid ini. Salah satu sunscreen yang Cik Nor suka guna dan ianya hybrid sunscreen ialah Aloe Vera Sunscreen dari Hasaegee Nature. Banyak kebaikan yang kita boleh gunakan apabila menggunakan pelindung matahari hibrid terutamanya dapat mengimbangi kelemahan yang ada dalam pelindung matahari kimia dan fizikal. Apabila dengan inovasi terkini ia boleh menjadi hybrid sunscreen terbaik untuk kulit muka kita.

Kelebihan Hybrid Sunscreen

Seperti yang kita ketahui umum Hybrid Sunscreen ini mengandungi kebaikan daripada kedua-dua pelindung matahari iaitu fizikal dan kimia. Inovasi terkini menggabungkan menjadikan bahan aktif yang boleh menghalang kerosakan pada kulit muka kita dan lebih berkesan daripada pelindung matahari biasa. Penambahbaikan yang telah dibuat daripada kedua-dua pelindung matahari tersebut menghasilkan pelindung matahari hibrid yang tidak menghasilkan cast putih. Kalau sebelum ini white cast menyusahkan kita untuk mencuci muka, sekarang tidak lagi.

Penapis UV yang terdapat dalam pelindung matahari hibrid adalah penapis terbaik kerana teksturnya ringan jadi ia adalah pelindung matahari untuk kulit berminyak, Ia dapat memberikan perlindungan UV yang sangat maksimun dan berkesan serta mempunyai kuasa penyerapan yang bagus supaya kita selesa apabila digunakan. Selain itu juga ia menyerap dengan cepat ke dalam kulit muka kita. Ia bersifat noncomedogenic dan anti serta sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif

Kita boleh lihat di pasaran sekarang pelbagai jenama hybrid sunscreen yang boleh kita pilih untuk dipakai. Namun hati Cik Nor telah jatuh hati dengan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen, Iaa dalah hybrid sunscreen terbaik yang pernah saya guna dan tak akan tukar kepada jenama lain.

Bukan hanya sekadar pelindung matahari tetapi ia mengandungi aloe vera yang memang bagus untuk kulit muka. Aloe Vera sunscreen bukan sahaja memberikan perlindungan maksimum kepada kulit muka kita daripada sinar UVA dan UVB tetapi dapat melembapkan kulit muka kita. Selain itu ia juga dapat menyegarkan wajah serta memulihkan kulit wajah kita yang bermasalah sebelum ini. Oleh kerana ini lah saya suka sunscreen terbaik dari Hasaegee Nature ini kerana ia memang the best sunscreen.

Cara Pakai Sunscreen dengan Betul

Ramai yang masih tidak ambik tahu cara yang betul untuk memakai pelindung matahari supaya ia memberi kesan yang maksimum setiap kali digunakan. Apa kata korang ikut tips ini, mana tahu boleh membantu korang nanti.

Dalam skincare routine mesti ramai tertanya-tanya? Pakai sunscreen dulu atau day cream dulu? Sebenarnya kalau basic skincare routine tu ada 3 step jer, cleanser, moisturizer/day cream dan sunscreen. Jadi sunscreen ni last step dalam skincare Lepas pakai moisturizer barulah pakai sunscreen sebagai perlindungan kulit kita dari sinar UV.

Sunscreen ni bukan macam skincare lain, pakai dua kali jer dalam sehari. Pelindung matahari perlu digunakan semula setiap 2 hingga 4 jam. Jika kita berada di luar dan terdedah dengan matahari kita perlu reapply sunscreen setiap 2 jam tetapi jika kita tidak terdedah perlu reapply setiap 4 jam. Mesti korang tertanya-tanya berapa banyak kena pakai sunscreen ni? Kuantiti yang mencukupi adalah sebanyak 2 jari untuk  perlindungan  yang terbaik dan kesan yang maksimum.

Mesti korang tertanya-tanya sunscreen pakai waktu bilakan? Kan? Sunscreen ni boleh pakai waktu siang sahaja bermula waktu pagi, waktu tengahari sampai ke petang. Sunscreen ni juga merupakan  basic skincare routine  dalam rutin harian.

Kenapa  Aloe Vera Sunscreen  ni Terbaik?

Aloe Vera Sunscreen  SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature adalah sunscreen terbaik harian pilihan Cik Nor. Ia mempunyai kelebihan tersendiri eperti :

1. Pelindung matahari SPF 50+ dan PA+++

2. Tidak berminyak dan tidak rasa melekit bila di sapu di muka

3. Mengekalkan kelembapan kulit muka kita

4. Membantu meredakan kerengsaan kulit

5. Tidakmenyumbatkan pori-pori kulit dan tiada white cast

Sunscreen terbaik dari Hansaegee Nature ini merupakan pelindung matahari SPF 50 yang bertekstur tidak berminyak dan tidak melekit.

Sunscreen Aloe Vera ini juga dapat memberikan kelembapan pada kulit kita. Aloe Vera dalam sunscreen terbaik ini boleh meredakan kerengsaan kulit bagi yang mempunyai kulit sensitif,

Pelindung matahari ini merupakan pelindung matahari untuk kulit berminyak, jadi ia tidak akan menyumbat pori-pori. Aloe Vera sunscreen ini sunscreen tanpa white cast jadi ia mudah untuk dicuci. Sunscreen yang boleh dibasuh dengan air sangat memudahkan urusan seharian, tidak perlu di cuci menggunakan  makeup removal .

Muka kekal glowing dan tidak berminyak walaupun waktu tengahari

Untuk kesan yang lebih efektif dan optimum yang skip langkah yang Cik Nor bagi bagi kat atas tu.Kalau tak korang takkan dapat hasil yang korang idamkan. Jangan sesekali tinggalkan sunscreen tidak kira berada di dalam rumah atau di luar rumah kerana musim panas boleh membuatkan kulit muka kita bermasalah.

Bawalah ke mana sahaja sunscreen didalam handbag anda terutamanya Aloe Vera Sunscreen dari Hasaegee Nature ini kerana ia sangat bermanfaat walaupun kita berada. Sekali cuba pasti, nak pakai berkali-kali. Ingat pelindung matahari, ingat pelindung matahari Aloe Vera dari Hasaegee Nature.

Jenama :  Hansaegee Nature 

laman web:  www.hansaegee.com/shop

Halaman IG:  https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Halaman FB:  https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Laman Youtube:  https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

3 comments:

  1. Mrs. A pakai sunscreen fizikal sahaja. Next time nak cuba jugalah fizikal + kimia.

    ReplyDelete
  2. Betul, sunscreen mmg wajib pakai setiap hari..Duk rumah pun kena pakai jugak..Saya paling suka sunscreen yang pakej dengan pelembap..Senang kerja..hehe..

    ReplyDelete