Persediaan Sebelum Menyambut Ramadan
Assalamaualaikum..
Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, apa kata kita tengok senarai semak dibawah ini. Adakah kita telah bersedia untuk menyambut ramadan? Kalau belum masih ada masa lagi untuk kita memperbaiki diri sebelum ramadan. InsyaAllah..sama-sama kita berusaha untuk jadi muslim yang baik di bulan ramadan nanti..aamiin
1. Tidur dan bangun awal.
Tidur awal penting bagi memastikan tubuh mendapat rehat yang cukup dan bertenaga pada keesokan harinya. Latih diri untuk tidur awal supaya kita dapat bangun awal pada keesokan harinya. Cuba bangun awal 30 minit sebelum masuk waktu subuh. Agar nanti kita dapat menambah pahala sunat dengan melakukan ibadah bersahur. Perlahan-lahan, apabila semakin biasa, gunakan beberapa minit di awal pagi itu untuk kita melakukan solat-solat sunat.
2. Memperbanyakkan zikir di selang waktu.
Zikir adalah bertujuan agar kita mengingati Allah SWT. Dan dengan mengingati Allah akan memberi kita ketenangan dan rasa cukup. Ia tidak memerlukan masa atau tempat yang khusus untuk melakukannya. Ia boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
3. Berlama-lama (dating) dengan al-Qur’an.
Peruntukkan sedikit masa yang lebih daripada biasa untuk kita membaca atau menghayati terjemahan atau menghafaz ayat-ayat al-Qur’an.
4. Meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat.
Jika kita berazam untuk memenuhkan Ramadhan kita dengan ibadah amal soleh yang bermanfaat, kita perlu mulakan dari detik ini. Biasakan, latih diri kita untuk meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat, perbuatan maksiat dan perbuatan dosa.
5. Mendekatkan diri dengan masjid.
Antara 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah ketika di Padang Mahsyar adalah orang-orang yang hatinya tertaut dengan masjid. Jadikan Ramadhan adalah masa untuk kita berjinak-jinak dengan majlis ilmu dan beribadah di dalam masjid.
6. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah puasa.
Puasa adalah ibadah utama di bulan Ramadhan. Oleh itu, persiapan dari segi hukum – hakam, pengertian puasa, hikmahnya, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa adakah sesuatu yang harus dititikberatkan agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
Baca juga : 19 Ramadan
Terima kasih kongsi ilmu yg bermanfaat. Part nak kena bangun awal sikit tu betul, tambah lagi skrg cuti sekolah semua tidur akhir... Takut nanti dah masuk Ramadhan terlajak sahur sokmo huhu...
ReplyDeleteTq Cik Nor atas peringatan
ReplyDeletetqq
ReplyDeleteperingatan yg sangat bermakna
insyaallah sama2 mencari RedhaNya
Terima kasih share ciknor
ReplyDeleteterima kasih sharing cik nor...
ReplyDeleteganti pose dah habis ke cik nor?🤭
ReplyDelete