Breaking News

Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal

 

Assalamualaikum..

Korang yang mana layan drama ni memang automatik jadi keliru sebab jadi cerita ni boleh membuatkan kita pelik dan berdebar-debar menunggu episod seterusnya. Tahniah kepada pengarah Amo Rizam kerana berjaya menghasilkan dari daripada yang biasa. Kalau drama cintan-cintun yang lain memang tak payah fikir sebab dah tahu ending dia macam mana. Tapi bila korang layan drama Serpihan Sayang korang automatik jadi psiko bila tengak watak Airiel Zafril dalam drama ni.

Apa yang best drama ni, pelakon dia semua meninggal kecuali yang tambahan. Pernah korang layan drama semua pelakon meninggal? Tak ada kan? Kalau ada pun hero tau heroin jer yang meninggalkan?haha. Dah la cerita berbelit-belit.. Bermula dengan kehadiran Imran, mula-mula cari tuan rumah yang tiada keluarga. Dapat tuan rumah tak ada keluarga dia seksa sampai mati. Lepas tu culik orang tua mana ntah kat rumah penjagaan orang tua dan buat-buat macam mak dia. Ending nya dia bunuh jugak orang tua tu.

Lepas dia guna orang suruhan nak dapatkan duit 80K dari Ashraff dan Malek. Orang suruhan tu dia bunuh jugak dengan letak racun dalam minuman diorang tu.  Ashraff masuk hospital sebab kena tikam dengan orang suruhan Imran, ending dia Ashraff mati kena bunuh jugak. Malek pulak kena culik dan dikurung tanpa diberi makan sehingga mati.

Dia culik pulak Shakir, letak satu tempat dengan Malek. Dia boleh saksikan macam mana Malek mati. Masa ni memang dah geram, asyik tengok orang mati jer kena bunuh dengan Imran. Dalam drama ni anggota polis memang tak ada fungsi. Kes kematian qariah masjid yang jugak perbuatan Imram pun tak dapat selesaikan. Adoii.. Lepas tu korang tengok la, apa hubungan Nadya dan Alissya sebenarnya..huhu

Eh..malas la Cik Nor nak ulas semua sebab semua pelakonnya meninggal. Korang layan lah sendiri..haha. Tension pulak tengok bila semua meninggal. Siapa meninggal paling last? Korang tengok episod akhir dan korang fikir sendiri. Ada jawapan..tinggal kat komen yer..haha

Baca juga :  Sinopsis Drama Serpihan Sayang

7 comments:

  1. tak layan pulak drama ni..tapi ada lah tertengok jugak sikit2 orang share kat Tik Tok..tapi tengok gitu je..

    ReplyDelete
  2. Sama masa tayangan dengan andai itu takdirnya tengok sekejap-sekejap bila channel sebelah iklan huhuhuuuu

    ReplyDelete
  3. Macam cerita 10 budak hitam aje
    Akhirnya semua meninggal

    ReplyDelete
  4. sy tengok sekejap ms ariel permainkan fasha dgn darah. lps tu trs x tgk 😁

    ReplyDelete
  5. Tak tgk sekejap je drama ni
    Tapi last episode sy tak sempat tgk

    ReplyDelete
  6. sejak nak masuk separuh abad ni jarang dah layan drama Melayu. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. Eh macam mana semua tokoh bisa meninggal 🤣🤣🤣. Tak seru lah kalo mati semua 😅. Saya paling anti nonton drama atau film yg sad ending, ini pula tragis 😄🤣

    ReplyDelete